Azam tahun baru

�������� ��������
10 Petua Memasuki Gerbang Tahun 2016 ��
����������������

1⃣⏩ �� Ilmu.
Tingkatkan ilmu. Jadilah orang yang cerdik dan bermaklumat. Jauhi sifat bergantung dan percaya dengan maklumat yang tidak diketahui puncanya.

2⃣⏩ �� Rezeki.
Carilah rezeki yang halal. Elakkan sikap sambil lewa dalam mencari harta kerana daripadanya tumbuh darah daging kita. Kelak Allah tanya.

3⃣⏩ �� Infaq.
Kerapkan infaq harta, jangan takut papa. Itu bekalan sangat berharga di Akhirat sana.

4⃣⏩ ��Al-Quran.
Baca dan baca. Jangan tunggu bulan puasa. Kitab ini Allah bagi untuk kita, dampinginya sepanjang masa.

5⃣⏩ ⏰ Masa.
Isikan dengan perkara yang berkualiti. Masa yang pergi tidak dapat diganti, masa yang berbaki tidak tahu banyak mana lagi.

6⃣⏩ �� Keluarga.
Utamakan keluarga. Hargai ahli keluarga anda, insyaAllah bahagia.

7⃣⏩ ����Silaturrahim.
Eratkan. Sengketa, jauhkan. Pasti umurmu bertambah, rezekimu akan mewah.

8⃣⏩ ���� Manfaat untuk orang lain. 
Lagi banyak anda memberi khidmat kepada orang lain, lagi banyak Allah beri kebaikan kepada anda, percayalah.

9⃣⏩�� Pemaaf.
Jadilah seorang pemaaf. Ia tidak sia-sia. Allah suka, orang pun suka.

��⏩ ���� Kesihatan.
Jagalah kesihatan supaya senang beribadat dan tidak menyusahkan orang. Jaga pemakanan, banyakkan senaman.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2