Memanfaatkan tanah

Saya mengikuti siaran ulangan di tv alhijrah tentang perlunya kita memanfaatkan tanah yang kita miliki.
Satu topik yang berat tetapi berjaya disampaikan mesejnya kepada para penonton. Terasa juga pedasnya atas teguran-teguran yang diberi oleh Ustaz Harry. Tentang peranan tuan tanah yang membiarkan saja tanah tanpa diusahakan.

Antara intipatinya:

Orang Melayu ada banyak.tanah tapi terbiar. 
Kesannya bukan saja pada tuanpunya tanah tetapi kepada ekonomi negara amnya.

Pesan Nabi,
Memberi orang lain tanah kita untuk diusahakan,
Adalah lebih baik dari,
Mengambil upah dari tanah.

Kalau tak boleh usahakan sendiri, sewakan atau pajakkan pada org lain.

Kalau tak diusahakan, lebih baik bagi saja tanah itu pada orang lain.

Apabila berurusan dengan orang lain untuk dimajukan, buat perjanjian, ada akad.
Mesti jelas supaya senang di kemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2