Lazimkan perkara kecil


AYUH KITA SANTUNI PERKARA2 INI WAHAI SAHABAT YG DIKASIHI ALLAH SWT SEMUA

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi SAW ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhanallah, Alhamdhulillah, Allaahuakbar, 33 kali jgn di lepaskan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi SAW sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ setidak2nya berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana di sana di antara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbuljalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak semedang kelaut setiap kali solat. (memang itu pun di antara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat perkara yg mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah. Selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir suratul Kahfi, surah Al Waqeah, juga surah Al Mulk asbab kepada sabda Nabi SAW: Bacalah Al-Quran.. sesungguhnya Al-Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan dilepaskan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir & dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhonya Allah pada kita.

8) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu - yg wanita (bersedia ternanti2 masuknya waktu solat), manakala yg lelaki berusha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita yg paling utama.

9) Lazimi sentiasa punyai air wudhu setiap masa kerana orang yg punyai wudhu akan didampingi para malaikat2 Allah pada tubuhnya.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk anda bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi (kejap2 sugi kejap2 sugi) antaranya;

>> Zikir2 dan bacaan ayat2 Al-Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi.
>> Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah sentiasa bersugi.. Riwayat Aisyah: Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Nabi SAW bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg nabi lakukan sebelum ajalnya sampai adalah Nabi SAW sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika mana di datangi ia akan sakaratulmaut. makanya kita tak perlu bersusah payah menahan akan sakitnya mati.

12) Sentiasalah melazimi lidah utk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : 

Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 maaruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redho Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redho Allah pada kita maka janji Allah:

Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dlm keadaan engkau redho dan aku redho.. dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga.

Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan inilah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redho Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha utk mengejarnya.

In shaa Allah

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2