Jihad dalam diri
JIWA TARBAWI 84
Jalan pengukuhan DIRI ...ruh, aqal, hati dan nafsu...dalam membina AMILIN MUJAHIDIN fi sabillah...
1. Islam mengajarku..bahawa setiap muslim itu sentiasa di dalam JIHAD..kerana para mujahid ialah seorang yang sentiasa bermujahadah menunduk dan memaksa nafsunya supaya mentaati Tuhannya...
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى ( لنازعات . ٤ - ٤١ )
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, (40)
maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya) (41)
An Naazi'at : 40-41
عن فَضَالَة بْنَ عُبَيْدٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللَّهِ»
أخرجه أبوداود (2500)، وابن حبان (الإحسان 4624)
Dari Fadhalaah bin 'Ubaid berkata ia: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Mujahid itu ialah seorang yang menunduk dan memaksa nafsunya pada ( mentaati ) Allah ".
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ:
إِنَّ الْمُهَاجِرَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى الله عَنْهُ،
أخرجه أحمدج في المسند (11/511 )
Dari Abdullah bin 'Umar dari Nabi SAW bahawasanya telah bersabda: " Sesungguhnya seorang muhajir itu ialah yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah "
Maka...usahlah memaksa manusia dalam mentarbiyyah mereka ...
namun didiklah agar mereka mampu memaksa nafsu mereka sendiri..
2. Kenapa hati tidak berasa silap dan bersalah...tidak rasa berdosa..sedangkan hidup penuh dengan silap, salah dan dosa..
...itulah akibatnya bila tiada kehalusan hati dan jiwa
وَيْلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ﴿٧﴾ يَسْمَعُ آيَاتِ اللَّـهِ تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا ۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٨﴾ وَإِذَا عَلِمَ مِنْ آيَاتِنَا شَيْئًا اتَّخَذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ ﴿٩﴾
Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,
dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.
Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.
Al Jatsiah 7-9
عن ابن مسعود ما رواه البخاري في صحيحه عنه رضي الله عنه، ورواه مسلم انه قال :
Daripada Ibn Mas'ud apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ia telah berkata :
إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه.
Dosa dilihat oleh seorang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya...namun bagi seorang fajir ( pendosa ) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis2..
Puncanya bila :
1. Iman tidak menguasai hati
2. Tidak merasai jijiknya dosa
3. Tidak takut dengan cercaan dan azab terhadap pendosa
4. Dosa terlalu banyak dan besar
5. Memperkecilkan dosa
Justeru .....tarbiyyah bukan semata pembentukan dan penjelasan fikrah...mesti ada penghalusan akhlaq dan adab....penghalusan hati dan jiwa......pengukuhan ruhiyy dan pengasuhan nafsu..
Aqal boleh terperangkap dengan kejahilan..taqlid..taksub..statik..jika tidak diimbangi dengan kehalusan hati..jiwa..dan ruh yang ..
sentiasa disegarkan dengan ibadah..dan zikrullah..dan keterikatan dengan Kitab Allah...
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
Shaad : 29
3. Tarbiyyah Ar Rasul SAW dalam menyentuh jiwa para remaja..
Ketika Ibnu Abbas masih kecil lagi...beliau mendapat tarbiyyah yang sangat berkesan melalui uslub tarbiyyah Baginda S.A.W ....
عن عبدالله بن عباس رضي الله عنها قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما فقال: يا غلام إني أعلمك كلمات:احفظ الله يحفظك، ا
Comments
Post a Comment