Manusia dan kemanusiaan

Kongsi Ilmu.....
Usrah Wadah Pusat
Putrajaya
12.01.2016

A) Tadabbur Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 243 - 247

• Ayat 247 - kisah pengangkatan Talut sebagai pemimpin. Biasanya ciri-ciri kepimpinan ini situational. Talut ditampilkan dlm suasana perang. Sebab itu, keilmuan dan kekuatan fizikal amat penting.
• Kalau di masa aman, mungkin ada ciri-ciri lain yg diutamakan.

• Pesan Saidina Umar: تفقّهوا قبل أن تسودوا
"Dalamilah ilmu sebelum kamu jadi pemimpin"

• Ucapan Saidina Abu Bakar: Aku telah dilantik jadi pemimpin tetapi aku bukanlah yg terbaik di kalangan kamu ( ولستُ بخيركم )

• Ketinggian ilmu, yg punya wawasan dan idea ( بسطة في العلم )

• Ayat bulan lepas:
" الفتنة أشدّ من القتل "
Dan fitnah itu lebih besar drpd membunuh.
• Maksud Fitnah - penindasan, opression, penderaan (seperti kisah Ammar Bin Yasir)

B) Tarbiyah Ruhiyyah - Said Hawwa

Beberapa pasal dalam Perjalanan Menuju Allah

• Manusia Rabbani ialah manusia yg dekat dgn Allah ( قريب من الله ). Menghayati sifat-sifat dan nama-nama Allah.
• Bukan sehingga menolak keperluan2 manusiawi spt makan minum dsb.
• Seringkali terjadi kpd orang yg berjalan menuju Allah ( السالكون ) melakukan kesalahan besar dgn menyangka perlu menolak keperluan2 duniawi dan menghentikan potensi diri.
• Sebenarnya mengembalikan segala perkara secara seimbang & 'proportionate' antara ibadah, mencari ilmu, khidmat sosial dsb.

Soleh spiritual harus juga soleh dari segi sosial.

Jadi orang tasauf tak semestinya tidak mencari ilmu. Segala keputusan haruslah berdasarkan ilmu ( على ضوء العلم ). Bukan berdasarkan 'hearsay'.

Ilmu adalah 'truth'. Dan kebenaran itu adalah drpd Tuhan.

Hujung perjalanan ahli rohaniah- menjadi manusia yg hakeem ( حكيم ), mampu meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya. Tegas pada tempatnya, berani pada tempatnya, perlahan atau cepat sesuai pada tempatnya.

Semua potensi kemanusiaannya lahir dalam bingkai yg tepat - dalam kehidupan sosialnya, dalam ekonominya, semuanya seimbang.

TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2