Syukur dengan segala pemberianNya
Assalamualaikum.
Teknik bicarahati Asmaulhusna utk memastikan setiap saat matahati dapat memandang peristiwa yg dtg dlm hidup ini merupakan hikmat kebijaksanaan peraturan dan perbuatan Allah:
Allahumma Ya Zohir yg Maha Menampakkan, nampakkan sentiasa pd pandangan matahati ku yg setiap peristiwa yg dtg dlm hidupku diatur olehMu Ya Baari', dicipta olehMu Ya Khooliq, utk memperkenalkan diriMu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad. Ya Allah Ya Bathin, hilangkan dlm jiwaku bahawa asbab itulah yg memberi kesan kpd akibat, semua kesan dan akibat itu adalah atas kekuasaanMu jua Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin. Ya Allah Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan hati kami dari merasai sebab musabab, kesan makhluq dan alam dpt memberi kesan, mudarat maupun manafaat kpd kami dan makhluqMu.
Ya Allah Ya Syakur, Ketika dtg nikmat dunia kpd kami, masukkan rasa syukur dlm jiwa kami atas kurniaanMu, kami nafikan nikmat ini dtg dari kehebatan kami. Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, ketika dtg peristiwa yg menyedihkan dan menyempitkan kami, kami mohon kpdMu agar melindungi kami dari putus asa dari perlindunganMu dan Ya Qodir Ya Muktadir Ya Sobur, masukkan rasa redha dan sabar dlm jiwa kami kpdMu.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Aziz ya Qowiy ya Matin, sekiranya kami diberi kesempatan dan daya utk berbuat taat, kebaikan dan kebajikan, rasaikan dlm jiwa kami bahawa Engkaulah yg mengurniakan Rahmat dan kasihsayangMu serta kekuatanMu kp kami utk berbuat taat, ya Bathin, hilangkan dlm hati kami bahwa wujudnya kebolehan, keupayaan dan kehebatan kami.
Ya Baaqi ya Mukmin, kekalkan pandangan matahati kami dalam memandang daya2Mu, Nama2, perbuatanMu dan sifat2Mu setiap saat agar sahih iman kami kpMu ya Mukmin dan kami tidak tertipu dgn tipudaya dan muslihat syaitan yg mengajak manusia berlaku syirik kpdMu ya Allah..
#IngatlahALLAH
#MenjadiHambaBerzikir
#SebarkanAsmaulHusna
Comments
Post a Comment