Asmaul husna: al nafi'

NAMA ALLAH : YA NAFI'

Allahumma Ya nafi', sesungguhnya Engkaulah yang maha memberi manafaat dan kebaikan kepada hamba2Mu.

Tiada siapa dapat menahan manafaat dariMu walau seluruh manusia membenci dan cuba menghalangnya.

Manafaat dariMu untuk akhirat Engkau peruntukkan untuk orang2 beriman dan seringkali juga Engkau anugerahkan sedikit mudarat di dunia untuk manafaat di akhirat agar kami sentiasa ingat kepadaMu dan bersyukur atas kurniaanMu.

Ya Razaq ya Nafi', jadikan rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami memberi manafaat kepada ummat di dunia ini.

Ya Allah ya Muhyi ya Nafi', jadikanlah hidup kami ini memberi manafaat kepada ummah.

Ya Allah ya Baari' ya Nafi', agendakan agendaMu yang bermanafaat bagi kami dunia dan akhirat dan agenda kami sebagai khalifahMu memberi manafaat kepada ummat sekeliling kami.

Jauhkan kami dari lidah yang memudaratkan orang lain, perbuatan yang memudaratkan orang lain, lindungi kami ya hafiz ya muhaimin ya nafi'.

Janganlah Engkau keluarkan dari kami melainkan kebaikan dan manafaat utk ummat.

#MarilahZikir Allahuma Ya Nafi' sebanyak 100kali.

#BicaraHatiYaNafi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2