Faedah zikir
KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN AMALAN ZIKIR
Mengapa kita perlu berzikir? Apa faedah berzikir?
Terlalu banyak untuk disebut satu persatu, sebahagian daripadanya adalah sebagai berikut:
• Zikir adalah jambatan antara hamba dan Tuhannya, ia merupakan jalan menuju kecintaan Allah dan reda-Nya.
• Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka.
• Zikir merupakan mikrajnya seorang hamba kepada Khaliqnya.
• Zikir merupakan tanda-tanda orang-orang yang ingin berjalan menuju Allah dan ia adalah kekuatan hati, makanan hati, cahaya dan penerang penglihatan.
• Zikir merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu,iaitu satu jalan yang sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian dan menjadi orang-orang yang terpilih.
• Zikir adalah penyelamat dari azab Allah, cahaya bagi setiap mukmin di dalam kuburnya.
• Zikir adalah pakaian bagi orang mulia dan agung.
• Zikir adalah penerang wajah dan hati.
• Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh dan badan.
• Zikir merupakan penghilang kebiadaban antara hamba dengan Tuhannya.
• Zikir merupakan penghalang syaitan untuk mendekat, sehingga apabila syaitan mendekat, sedangkan hamba sedang berzikir kepada Allah, maka syaitan akan menjerit ketakutan.
• Zikir merupakan penghilang kesedihan, kesusahan, menolak segala penyakit, melenyapkan kesedihan dan bala. Apabila mereka ditimpa bala, maka Tuhanlah sebagai tempat mengadu.
• Zikir merupakan taman di dalam syurga, satu tempat yang mereka akan terima dengan kebahagiaan, yang membuat hati merasa senang dan gembira.
• Zikir merupakan penghilang kekerasan hati dan mengembalikan hati menjadi bersih dan bercahaya.
• Zikir juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa, rahmat dariAllah dan kehadiran para malaikat. Kemudian para malaikat akan berkumpul dengan mereka untuk berzikir kepada Allah.
• Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan menghilangkan ketakutan, sehingga datangnya hari kiamat dan manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.
• Zikir juga merupakan penyebab turunnya rezeki, kebaikan dan pemberian.
• Zikir adalah roh kepada perbuatan amal soleh. Apabila pada amal tidak terdapat zikir, nescaya ia seperti tubuh yang tidak mempunyai roh.
• Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkanmu dengan Allah dan menjadikanmu selalu diingat Tuhanmu.
Semoga usaha sedikit kita ini dipandang Allah dan sebagai bekalan untuk satu perjalanan jauh menuju tempat yang kekal abadi.
#ZikirAsmaAllah
#MenjadiHambaBerzikir
Comments
Post a Comment