Bicara kala sedih
Teknik bicarahati Asmaulhusna untuk memastikan setiap saat matahati dapat memandang peristiwa yang datang dalam hidup ini merupakan hikmat kebijaksanaan peraturan dan perbuatan Allah:
Allahumma Ya Zohir yang Maha menampakkan, nampakkan sentiasa pada pandangan matahati ku yang setiap peristiwa yang datang dalam hidupku diatur olehMu ya Baari', dicipta olehMu ya Khooliq, untuk memperkenalkan diriMu ya Ahad ya Wahid Ya Somad.
Ya Allah ya Bathin, hilangkan dalam jiwaku bahawa asbab itulah yang memberi kesan kepada akibat, semua kesan dan akibat itu adalah atas kekuasaanMu jua Ya Aziz ya Qowiy ya Matin.
Ya Allah ya Quddus ya Jalil, bersihkan hati kami dari merasai sebab musabab, kesan makhluq dan alam dapat memberi kesan, mudarat maupun manafaat kepada kami dan makhluqMu.
Ya Allah ya Syakur, Ketika datang nikmat dunia kepada kami, masukkan rasa syukur dlm jiwa kami atas kurniaanMu, kami nafikan nikmat ini datang dari kehebatan kami.
Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, ketika datang peristiwa yang menyedihkan dan menyempitkan kami, kami mohon kepadaMu agar melindungi kami dari putus asa dari perlindunganMu dan ya Qodir ya Muktadir ya Sobur, masukkan rasa redha dan sabar dalam jiwa kami kepadaMu.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Aziz ya Qowiy ya Matin, sekiranya kami diberi kesempatan dan daya untuk berbuat taat, kebaikan dan kebajikan, rasaikan dalam jiwa kami bahawa Engkaulah yang mengurniakan Rahmat dan kasihsayangMu serta kekuatanMu kepada kami untuk berbuat taat, ya Bathin, hilangkan dlm hati kami bahwa wujudnya kebolehan, keupayaan dan kehebatan kami.
Ya Baaqi ya Mukmin, kekalkan pandangan matahati kami dalam memandang daya2Mu, Nama2, perbuatanMu dan sifat2Mu setiap saat agar sahih iman kami kpMu ya Mukmin dan kami tidak tertipu dengan tipudaya dan muslihat syaitan yang mengajak manusia berlaku syirik kpMu ya Allah.
Ya Quddus Ya Jalil Ya Fatah Ya Nuur Ya Zohir
#IngatlahALLAH
#SebarkanAsmaulHusna
#UmmiRosmawati
Comments
Post a Comment