Sunat rawatib

JIWA TARBAWI 70

...perancangan hidup masa depan di akhirat..

روى مسلم في صحيحه عن أم حبيبة زوج النبي –صلى الله عليه وسلم-أنها قالت : " سمعت رسول الله –صلى الله عليه وسلم- يقول :
(( ما من عبد مسلم يصلي لله كل يوم ثنتي عشرة ركعة تطوعا غير فريضة إلا بني الله له بيتا في الجنة -أو إلا بني له بيت في الجنة-))
وفي رواية (من صلى اثنتي عشرة ركعة في يوم وليلة بنى له بهن بيت في الجنة )

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada Ummu Habibah isteri Nabi SAW, telah berkata : ' Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Tiadalah seorang hamba muslim yang bersolat kerana Allah sepanjang hari dua belas rakaat solat sunat yang bukan solat fardhu melainkan Allah akan membina untuknya satu rumah di syurga - atau dibinakan baginya satu rumah di syurga ".
Dalam satu riwayat yang lain: " Barangsiapa yang solat dua belas rakaat pada siang dan malam dibinakan untuknya dengan sebab itu satu rumah di syurga".

Dua rakaat sebelum solat fardhu subuh...dua rakaat qabliah dan ba'diah zohor..2 rakaat sebelum solat fardhu asar..2 rakaat selepas solat fardhu  maghrib dan 'isyaa'...jumlahnya 12 rakaat...

Itu paling tidaknya jadi amalan nawafil atau tambahan kita...

Justeru...didiklah dan latihkanlah dirimu untuk sedikit tambahan amalan tapi  besar ganjarannya demi masa depan kehidupanmu di akhirat...hidup yang tiada penghujungnya...

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2