CUBA KITA HAYATI MAKNA DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD: *_√ ROBIGHFIRLII_*, *_√ WARHAMNII_*, *_√ WAJBURNII_*, *_√ WARFA’NII_*, *_√ WARZUQNII_*, *_√ WAHDINI_*, *_√ WA’AAFINII_*, *_√ WA’FUANNII_*. Doa ini sangat dahsyat kerana ia mencakupi keperluan kita di dunia dan di akhirat serta dibaca minima 17 kali sehari. Marilah kita merenungi maknanya: *_√ ROBIGHFIRLII_*. _Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku._ Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat untuk melangkah menuju ke redha Allah. Dosa ialah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan. *_√ WARHAMNII_*. _Sayangilah diriku._ Kalau kita disayangi اللّهُ hidup akan terasa tenang. *_√ WAJBURNII_*. _Tutuplah segala kekuranganku._ Banyak sekali kekurangan kita. Kurang syukur, kurang sabar, kurang dpt menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. ...