Adab bersahabat

Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung.

Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.

Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.

Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan, menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.

Kuteringat satu kata-kata; 

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."

Saidina Umar Al-Khattab

Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah. Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.

Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.

Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada Allah.

Buang segala sifat tercela di hati.

Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.

Di Syurga pasti bertemu kembali.

Sama-sama menjaga ukhuwah kerana bila terjadi sesuatu ia umpama gelas yang dilempar ke lantai.

Sebelum pecah sangat kuat ikatan tetapi apabila pecah walau dicantum kembali pasti ada lompong-lompong keretakan itu. Masa mengubati segalanya.

Berdoalah moga kita terus kekal andai dekat atau berjauhan.

Jadikan jambatan doa yang penuh kasih sayang untuk panah hati sahabat kita��❤

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2