Rahsia kehidupan

*_الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة_*
*_Buat Renungan Kita Bersama_*
*RAHSIA KEHIDUPAN...*

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.
Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.
Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. 
Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Ada perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.
Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya,
"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"
Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".
Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?" 

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.
Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan barakah, tenang dan hidup bahagia.
Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri.
*_اللَّــــــــــه هو علم_*

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2