Kisah-kisah di dalam surah Al Kahfi


Ada 4 cerita dalam surah al.Kahfi:
1. Pemuda (Ashabul) Kahfi
2. Cerita dua orang lelaki dan kebun.
3. Zulqarnain
4. Pengembaraan Nabi Musa dan Khidr.

Kisah-kisah ni amat menarik dan memberi pengajaran. Begitu terbatasnya pengetahuan manusia berbanding dengan apa yang di dalam rancangan dan ketentuan Allah.

Ikuti kuliah Ustaz Hasrizal mengenai pengajaran di sebalik surah al Kahfi. 

Kisah 1: Ashabul Kahfi

Kisah pemuda-pemuda yang beramal soleh dan yakin dgn akidahnya. Mereka diselamatkan oleh ALLAH swt dari pemimpin yang kejam melalui konsep "Back to the Future". Hebat, konsep ini sudah ada dlm Quran!

ALLAH yang menguasai MASA. Masa itu makhluk ALLAH jua. Allah boleh hentikan masa pada seseorang atau sekelompok dan dia biarkan masa berjalan bagi yg lain. Hatta dalam tidur kita, Dalam kisah ini, pemuda-pemuda tidur dalam gua selama beratus tahun. Alihan tidur mereka ke kiri dan ke kanan ditentukan oleh Allah selari dgn pancaran matahari. Setelah terjaga dari tidurnya, mereka seolah-olah dilahirkan semula kerana semua penduduk kampung sudah berbeza.

Kisah 2. Cerita dua orang lelaki dan kebun.
Yang seorang itu merasakan lebih segala dari yang seorang lagi. Lebih dari segi suburnya kebun, ramainya anak, pengikut dan pengaruh tapi lupa pada Allah. Lupa Allah lah yang memberi segala nikmat itu. Akhirnya semuanya boleh hancur sekelip mata.

Berbeza dengan seorang lelaki lagi yang hidup serba syukur.

Kisah 3. Zulqarnain
Kisah seorang yang bernama Zulqarnain yang telah mencipta dari besi dan logam lain untuk menjadi benteng dari musuh. Didatangkan ilham dari Allah untuk membuat batas perlindungan untuk mempertahankan diri.

Kisah 4. Pengembaraan Nabi Musa dan Khidr.

Setiap yg berlaku di sekeliling kita bukan secara kebetulan, semuanya dalam ilmu ALLAH swt. Semuanya ada Hikmah

Apa yang kita nampak kadangkala tidak sama seperti yang tersirat. Jangan membuat hukuman dengan mata kepala kita sahaja.Tidak bertindak terburu-buru. Kita perlu punya  mata hati, yakni hikmah, Perlukan memahami keadaan seseorang atau keadaan sebelum memutuskan apa yang perlu dibuat.

Setiap detik kehidupan kita dalam ilmu Allah swt...hatta bila ikan melompat di kisah Nabi Musa as dan Khidr ditentukan oleh ALLAH swt. Pengalaman Nabi Musa mengikut Khidr mengajar kita untuk berfikir dengan hikmah dalam setiap keputusan dalam hidup.

Kesimpulan:

Dalam menuntut ilmu, cara terbaik penyampaiannya adalah dengan bercerita. Malah ia menjadi mudah dan dapat difahami oleh semua peringkat umur. Dalam Quran penuh denagn kisah-kisah sebegini. Bukan sekadar story telling tapi story telling yg ada hikmahnya.

Kesimpulannya, kisah-kisah ini memaparkan kepentingan lengkap melengkapi dalam setiap apa pekerjaan kita.
Begitu juga dalam kisah Nabi Musa, kenapa ALLAH swt pilih Nabi Musa tidak Khidr untuk berhadapan dgn Firaun kerana ada kelebihan Nabi Musa dan kekurangan Khidr. Namun dalam kisah di surah ini, Khidr lebih menyerlah kerana kelebihan hikmahnya.

Begitulah indahnya kisah-kisah dalam Al Quran.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2