Apabila umur mencecah 50

BERAPA UMURMU?
SUDAH 50 TAHUN!

Firman Allah swt:
"Bukankah Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat bagi sesiapa yg mahu beringat"(Fathir 37)

Dpt difahamkn maksud ayat ini "Kami telah melanjutkn umur kamu sehingga sempat utk beringat" dari sabda Nabi saw: *Allah tidak lgi memberi keuzuran kpd sesiapa yg dipanjangkn ajal sehingga umur 50 tahun* *(Bukhari)*

Ibn Abbas menafsirkn ayat yg tersebut yg bertepatan dgn hadits ini: *Umur yg Allah tidak lagi menerima alasan bagi anak Adam dlm firmanNya ini ialah 50 tahun*

Al-khattabi berkata: *Maknanya orang yg Allah panjangkn umur sehingga 50 tahun,tidak diterima lgi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 50 tahun merupakan umur yg dekat dgn kematian,umur kembali bertaubat,khusyuk dn bersiap2 bertemu Allah*
*(Tafsir al-Qurthubi)*

Bagaimana manusia berumur 50 tahun masih lalai? Nabi saw mengkhabarkn: *Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dn panjang angan2* *(Bukhari)*

Fudhail bin Iyadh berkata kpd seseorang yg telah mencapai umur 50 tahun Maka nasihat Fudhail kpdnya: *Bermakna sudah 50 tahun kamu berjln menuju Tuhanmu,sekarang hampir sampai...Buat yg terbaik dlm umur berbaki,lalu akn diampunkn dosa umur yg lalu Tetapi jika buat tidak elok pd umur yg berbaki,kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dn yg berbaki sekali gus!*

Maka para ahli ilmu menasihati bgaimana menjlni umur dah mencecah 50 tahun:

*#Jangan banyak bergurau dn terjebak dlm perkara yg tidak ada manfaat utk akhirat*

*#Jangan melampau dlm berhias,bersolek dn berpakaian*

*#Jangan berkawan dgn orang yg tidak menambah iman,ilmu dn amal*

*#Jangan banyak berjalan dn melancong kesana sini tanpa ia dpt mendekatkn kpd kehidupan akhirat*

*#Jangan masih runsing,berkeluh kesah dn kesal akn soal hidup seharian dn*

*#Banyakkn berdoa mengharapkn keridhaan Allah dn husnul khatimah dn dijauhkn dari su'ul khatimah*

*#Banyakkn istighfar dn taubat berterusan setiap hari pd pgi dn petang*

*#Tambahkn ilmu agama dn banyak ingat kpd kematian dn bersedia menghadapinya*

*#Siapkn wasiat dn rancang pembahgian harta*

*#Kerapkn menghubung silaturahim dn menggantikn kerenggangan sebelum ini*

*#Minta maaf dn buat baik terhadap pihak yg pernah dizalimi*

*#Tingkatkn amalan soleh terutama amal jariah yg boleh memberi pahala dn syafaat selepas mati*

*#Maafkn kesalahan orang kpd diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*

*#Bereskn segala hutang yg sedia ada dn jgn buat hutang yg baru walaupun utk menolong orang lain*

Semoga manfaat utk semua juga ingatan buat diri sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2