Penyesalan yang tiada ubatnya

Jiwa Tarbawi:
JIWA TARBAWI 238

Bila harapan dan angan-angan sudah tidak ada faedahnya lagi....

ياليتني  كُنت ترابا !
(سورة النباء ٤٠)

"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".

An Naba' : 40

ياليتني  قدمت لحياتي !
(سورة الفجر ٢٤)

"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini".

Al Fajr : 24

ياليتني  لم أوتَ كتابيه !
(سورة الحآقة ٢٥)

"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

Al Haaqqah : 25

يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا﴿٢٧﴾
(سورة الفرقان ٢٧)

"Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".

Al Furqaan : 27

ياليتني  لم أتخذ فلاناً خليلآ !
(سورة الفرقان ٢٨)

Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku)

Al Furqaan : 28

ياليتنا  أطعنا الله وأطعنا الرسولآ !
(سورة الأحزاب ٦٦)

Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".

Al Ahzab : 66

ياليتني  كنتُ معهم فأفوز فوزاً عظيما
(سورة النساء ٧٣)

"Wahai kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula)".

An Nisa' : 73

Kesemuanya itu adalah harapan dan angan-angan mereka yang telah mati menemui Tuhan,.. yang dirakam dan diputarkan kembali di dalam Al Quran agar manusia mengambil pengiktibaran. Harapan dan angan-angan yang manusia mampu mencapainya dengan amalannya ketika ia masih hidup bernyawa.

Namun,... harapan dan angan-angan itu hanya mampu dicapai sebelum datang saat kematian. Bila kematian telah datang, ianya hanyalah menjadi keluhan penyesalan yang sudah tidak ada faedah dan manfaat untuknya.

Justeru, selama mana masih bernyawa, usahakanlah ia, agar penyesalan tidak muncul di saat kematian datang menjemput...

اللهم اَيقِظْ قُلوبَنا من الغَفلة يارب العالمين.

" Ya Allah, sedarkanlah hati kami daripada ghaflah kelalaian, wahai Tuhan Penguasa Sekelian Alam."

ABi

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2