Berbuat baik kerana Allah
BERBUATLAH KEBAIKAN
Untuk muhasabah diri
samada kita insan yang baik atau sebaliknya ialah dengan menilai
rasa hati terhadap insan di sekeliling...
Jika banyak sangka baik,
in shaa Allah...
Mudah-mudahan kita baik.
Jika sebaliknya, berhati-hatilah...
yang kita lihat itu, itulah diri kita.
WAHAI ORANG ORANG YANG BERIMAN, BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DAN LAKUKANLAH KEBAIKAN
Firman Allah SWT :
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ
Terjemahan :"Katakanlah "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan."[Surat Az-Zumar 10]
Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai.Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat.
Hormat orang tak semestinya kita
akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia.
Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya.
Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi Tuhan pemilik semua yang baik.
Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik, manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka buruk!
Perbanyakkanlah berdoa memohon petunjuk Tuhan agar kita tidak tersalah memilih dari kebanyakan versi kebaikan yang dicanang pada hari ini dan memilih hanya kebaikan versi Tuhan
Doakan saya jua sahabat..
Wallahu'alam.
@islamitu_indah
Comments
Post a Comment