Merancang kematian

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Hilman&Ustaz Zul Ramli M.Razali)
*MERANCANG KEMATIAN*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah mengambarkan seluruh keberkatan datangnya dari Allah.
Allah yg datangkan kehidupan dan kematian utk menguji siapa yg paling baik amalannya.
Jangan tertipu dgn merasa kita sudah baik atau merasa banyak amalan.

BENARKAH SESEORANG AKAN MATI MENGIKUT BAGAIMANA DIA HIDUP?
Secara umum begitu.
Iman Al~Ghazali kata manusia akan mati mengikut bagaimana dia hidup.
Manusia boleh tahu bagaimana dia mati dgn cara bagaimana dia lalui kehidupannya.

JIKA KITA CARI REZEKI SEOLAH~OLAH KITA TAK MATI,BAGAIMANA USTAZ?
Kita buatlah perancangan utk dunia(cth cari rezeki) kerana Allah dan apa yg kita buat utk dapat redha Allah.

ADAKAH TANDA SESEORANG YG MATI DGN KESUDAHAN YG BAIK DAN KESUDAHAN YG BURUK?
Ujian kita yg sebenar semasa titik kematian.
Kematian yg baik atau kematian yg buruk.
Apabila kita mati dan kita dapat mengucap لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ inilah mati kesudahan yg baik.

APAKAH KITA BOLEH MOHON KEMATIAN YG BAIK?
Tidak menjadi masalah nak minta kematian yg baik.

KADANG² MASA MUDA SIBUK DAN SAMPAI KE TUA TAK BERAPA SEMPURNA DALAM IBADAH,APAKAH TIP TERBAIK UTK RANCANG KEMATIAN?
Sadina Usman kata manusia ini seolah~olah sedang bermimpi dan bila mati baru tersedar.
Org yg sedar sebelum kematian inilah org yg diberi hidayah.
Ada org memang diberi hidayah dari awal kehidupan.
Selagi nyawa masih ada dalam badan,kita masih belum terlambat utk merancang kematian.
Apabila Allah nak jadikan seseorang itu baik,Allah akan jadikan dia berkesempatan utk buat ketaatan pada Allah.

APAKAH PERSIAPAN ORG YG DAH TAHU AJALNYA CTH BANDUAN AKHIR DAN ORG YG BERPENYAKIT KRONIK?
Kita disuruh bertaubat.
Nabi minta ampun pada Allah lebih dari 70kali sehari.
Memohon istighfar adalah sifat seorang hamba.

BAGAIMANA NAK BANTU KELUARGA YG SAKIT?
Sebelum kita bantu org,kita pastikan keadaan kita dulu selamat.
Sebelum kita nak bantu org sakit,kita kena bantu diri kita sendiri kerana kadang² org sakit tak mati tapi kita yg sihat mati dulu.
Kesakitan itu biasanya 30% sahaja tapi kerisauannya 70%.
Kita kena beri harapan pada dia.
Ikthiar utk berubat dgn kesakitan,dia akan dapat pahala.

MACAMANA NAK MENGATASI MALAS NAK BERIBADAH?
Lalai melampau adalah disebabkan dosa² lampau kita.
Bertaubat pada Allah dgn taubat nasuha.
Perdalamkan taubat sampai terbit air mata supaya kita istiqamah melakukan ibadat.

ADA ORG YG MERANCANG NAK MATI DI TANAH SUCI DAN KEBETULAN MATI DI TANAH SUCI,APAKAH INI KETENTUAN ALLAH DAN BOLEHKAH KITA MOHON NAK MATI DI TANAH SUCI?
Memang ada kelebihan mati di Mekah.
Ini semua takdir Allah.
Cara mati ditentukan macamana cara hidup.
Ada juga org mati depan kaabah tapi dia seorang yg pencuri.
Yg lebih penting adalah cara mati kita.

CUKUPKAH DGN SOLAT WAJIB,PUASA YG WAJIB DAN BUAT KEBAIKAN DAPAT MATI DGN KEMATIAN YG BAIK?
Buat amalan baik pastikan hati juga baik.
Org yg selamat pulang ke akhirat ialah org yg hatinya sajetera.

BILA KITA SEBUT لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ BERMAKNA KITA MENYERAHKAN DIRI KITA PADA ALLAH.
JIKA DALAM HATI HILANG RASA BERGANTUNG PADA ALLAH,ITU TANDA DIA TAK BERIMAN.
JIKA DIA MATI BUNUH DIRI,BUNUH ORG INI ADALAH MATI DALAM KESUDAHAN YG BURUK(Kerana dia sudah putus asa dgn Allah)

APAKAH DGN BERSEDEKAH ILMU DAN DOA DARI ANAK YG SOLEH ITU JUGA PERANCANG KEMATIAN?
Amal ialah bila kita buat kita dapat pahala dan ada juga amal bila kita dah tak buat tetap dapat pahala.
Bila kita sedekah dan mendidik anak² yg sentiasa mendoakan kita,ini adalah perancang kematian yg baik.
SATU BENDA YG SYAITAN PALING BENCI ADALAH D'AI.
Da'i adalah org yg mengajak org buat baik dan bila org yg diajak  melakukan kebaikan dia buat kebaikan itu ketika itulah syaitan sangat benci.

APAKAH TIP² KEMATIAN YG BAIK?
Yg perlu kita buat adalah sentiasa bertaubat(istighfar),lazimkan hati dgn ilmu dan suka dgn ilmu.
Org yg tak pernah bersyukur pada Allah, azab Allah sangat pedih dan ini yg menyebabkan seseorang itu mati dalam kesudahan yg buruk.
Hendaklah sentiasa menjadi org sentiasa bersyukur dgn apa yg Allah beri.
Jangan menzalimi org dan doa org yg dizalimi akan menyebabkan org yg menzalimi mati dalam kesudahan yg buruk.
Org yg memutuskan silaturrahim akan mati dalam kesudahan mati yg buruk.
Si penderhaka pada kedua ibubapa berpeluang cerah utk mati dalam kesudahan yg buruk.

ADAKAH ORG YG MENINGGAL DIDAHI BERPELUH DAN DAPAT UCAP KALIMAH لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ITU MATI KESUDAHAN YG BAIK?
Ya,ini tanda org yg mati dalam kesudahan yg baik.
Jangan pula bila kita nampak org itu tak menuturkan لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ dia mati dalam kesudahan yg buruk.
Kita kena sentiasa bersangka yg baik.

APAKAH HIKMAH MATI MENGEJUT?
Banyak kematian tiba²(mengejut)di akhir zaman ini.
Kematian mengejut kerana mungkin Allah nak sedarkan pada manusia yg mengatakan ubat yg menyembuhkan sedangkan yg menyembuhkan adalah Allah.
Bukan ubat yg menyembuhkan tapi Allah yg menyembuhkan.
Kita berikhtiar dapat pahala kerana ikhtiar Allah yg suruh.

SAYA MUALAF DAN RASA TAKUT KERANA BANYAK DOSA,BAGAIMANA USTAZ?
Soal akhirat,apabila kamu fikir dan kita rasai dalam hati yg menakutkan dan akan rasa ketenangan dalam hati dihujung hidup kita.
ORG BERIMAN AKAN MERASAKAN DI SANA TEMPAT YG SEMPURNA DAN DI SANALAH TAMAN² SYURGA.
Seorang mualaf ibarat kain yg sangat putih.
Syahadah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ adalah kafarah pengampunan dosa²nya yg lalu.
Sentiasalah bersangka baik dgn Allah dan merasa Allah sayang pada kita.

BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK² SUPAYA MENJADI ASET UTK KITA NANTI?
Nabi pesan buat baiklah pada ibubapa kita,nanti anak² kita pula akan buat baik pada kita.
Bawa anak ziarah kubur dan bagitahu anak² disinilah kita akan masuk.

BAGAIMANA DGN IBUBAPA YG TAK PERNAH SOLAT,MASIH ADA HARAPANKAH NAK MATI DALAM KESUDAHAN YG BAIK?
Tanggungjawab anak² adalah membantu mereka dan beri kasih sayang pada mereka.
Tunjuk contoh yg baik.
In Shaa Allah,akan meruntun hati mereka.

RANCANG KEMATIAN DGN BETUL DAN YAKINLAH KEMATIAN DAN AZAB KUBUR ITU ADALAH BENAR.
HATI YG BAIK ITULAH HATI YG DILIHAT OLEH ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2