Dekatlah dengan Dia

Untuk setiap jiwa yang lelah.

Untuk setiap jiwa yang berduka.

Untuk setiap jiwa yang terasa berputus asa.

Duduklah merapat berdua hanya dengan-Nya.

Hanya kamu dan DIA.

Tidak perlu pada yang lain.

Fikirkan hubunganmu dengan-Nya.

Seteguh mana? Selompong mana?

Hati kosong mungkin kerana 'kosongnya' isian hati dengan-Nya.

Hati sendu mungkin kerana sedikitnya hati mengingati-Nya.

Semakin ingat pada dunia, makin besar rasa sesak di dada.

Lalu, usahlah terlalu berharap pada manusia.

Kita akan selalu rasa kecewa.

Serahkanlah hati sepenuhnya pada Dia.

Itulah bahagia yang sempurna.

Walau dilanda beribu ujian dari-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2