Tuhan tidak hanya menghukum
Ubah sisi pandang kita dalam mengenal Allah.
****
*JANGAN ANGGAP TUHAN HANYA MENGHUKUM*
Jangan anggap Allah itu hanya menghukum.
Menghidupkan dan mematikan manusia.
Mengazab orang yang derhaka ke dalam Neraka.
Memberi nikmat orang yang taat ke dalam Syurga.
Tuhan itu adalah segala-galanya.
Tuhan sifat Rahman dan Rahim-Nya amat luasnya.
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya tidak terbatas.
Bukankah Tuhan Pengawal dan Penjaga.
Penyelamat kepada manusia.
Tuhan juga pelindung.
Memberi rezeki makan dan minum terhadap hamba-hamba-Nya.
Memberi nafas untuk hidup.
Memberi kekuatan dan kesihatan pada badan.
Menganugerahkan isteri atau suami untuk hiburan.
Di waktu kesepian dan di waktu kerehatan.
Memberi anak-anak dan cucu-cucu sebagai cahaya mata.
Penyejuk hati, penyejuk mata, penghibur jiwa.
Tuhan menganugerahkan ilmu dan pengalaman sebagai penyuluh kehidupan.
Anugerah yang paling tinggi, Dia Allah.
Mengenalkan diri-Nya sebagai Tuhan.
Untuk disanjung, dibesarkan, dicintai dan disembah.
Tuhan adalah hiburan sejati dan penyelesai segala masalah.
Apa yang telah kita senaraikan di atas adalah sebahagian daripada nikmat dan rahmat Allah.
Sebahagian daripada kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya.
Tuhan menghukum hamba-hamba-Nya yang melupakan rahmat dan nikmat-Nya.
Terutama melupakan nikmat dan rahmat bertuhan.
Tidak terasa lagikah apa yang datang dari Allah itu serba indah.
Hiburan jiwa, kesenangan hati, menyejuk mata.
Mengapa selama ini, kita merasakan Tuhan itu hanya menghukum sahaja?
Kenapa kita merasakan Tuhan itu menakutkan sahaja?
Padahal nikmat dan rahmat-Nya untuk manusia terlalu luas?
Kasih sayang Tuhan bukankah terserlah?!
Menjelang Zuhur
28 - 10 - 1999
Comments
Post a Comment