Doa buat sahabat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur kpdMu kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Berkatilah hidup kami,rahmatilah kami, berikan kami hidayah n taufiq utk sentiasa mendekati diri dgnMu n mendapat keredhoanMu Ya Allah.

Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami  hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.Ya Allah! Ya Tuhan kami .Kami perlu kpd pimpinan-Mu.  Di atas jalan yang lurus Tidak mungkin kami boleh hidup tanpa pimpinan-Mu

Ya Allah,Kami mengadu kepada-Mu Tuhan.Tidak mungkin kami terlepas daripada salah dan silap
Tapi apa yang kami harap pada-Mu Tuhan,Di waktu kami mendapat kesenangan, ingatkan kami bahawa nikmat itu daripada-Mu Agar kami bersyukur kepada-Mu di atas nikmat itu Ketika kami mendapat ujian kesusahan, ingatkan kami bahawa itu adalah hukuman ke atas diri kami.

Ya Allah Di atas dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang kami buat.Agar kami bertaubat dan bersabar di atas ujian-ujian itu,Masukkanlah ke dalam hati kami,Kami tenang dengan kehidupan dunia, dan kami bimbang dengan kehidupan Akhirat,Masukkanlah juga ke dalam hati kami Engkaulah yang paling kami cinta dan takut,Selain Engkau adalah cinta sampingan, dan takut fitrah semata-mata,

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan terimalah taubat ke atasku kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Yaa Allah, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ..رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَاعَذَابَ النَّارِ.وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Kata-kata hikmah 2