Ujian hidup

*KEMENANGAN DAN KEJAYAAN ADALAH UJIAN*

Kalau kita berjaya atau menang jangan terlalu bangga hingga hilang pertimbangan.
Orang mukmin dapat kejayaan atau kemenangan dia malu dengan Tuhan.
Kemenangan atau kejayaan adalah anugerah dari Tuhan.
Orang mukmin menyambut kemenangan atau kejayaan dengan bertasbih mensucikan Tuhan.
Kemenangan itu Tuhan yang memberi bukan kerana tenaga dan kekuatan.
Ditambah dengan memuji Tuhan dan meminta ampun dengan Tuhan.
Perjuangannya supaya kemenangan atau kejayaan itu tidak syirik dengan Tuhan.
Jangan anggap kemenangan itu kemenangan kerana kemampuan kita.
Tapi adalah kuasa Tuhan.
Lebih-lebih lagi kemenangan dan kejayaan disambut dengan bersorak-sorai, bertepuk tangan melaung dan memekik, hilang pertimbangan adalah dilarang.
Kerana ia membawa kepada megah dan sombong yang diharamkan.
Berhati-hatilah menyambut kemenangan dan kejayaan.
Beradablah dengan Tuhan.
Orang Islam sentiasa tenang, menerima kemenangan dan kejayaan dengan penuh tawadhuk merendah diri kepada Tuhan.
Kemenangan dan kejayaan adalah sebagai ujian,.
Kita akan bersyukur atau kufur dengan Tuhan.
Takutlah dengan nikmat.
Ditakuti ia membawa kecelakaan.
Kalau kita belum menang atau belum mendapat kejayaan jangan pula kecewa.
Lebih-lebih lagi jangan putus asa.
Masa depan kita belum tahu, Tuhan sahaja yang ada pengetahuan.
Boleh jadi kegagalan itu membawa kebaikan.
Baik sangkalah dengan Tuhan.
Percayalah dan yakinlah susah dan senang selalunya bergantian.
Tidak semestinya selama-lamanya susah.
Biasanya selepas susah kesenangan pun datang.
Begitulah keadilan Tuhan.
Adakalanya kita tidak sedar kesusahan itu sudah dibayar dengan kesenangan.
Kita sangka senang itu adalah dengan harta dan kekayaan.
Rupanya bukan kaya harta tapi Tuhan bagi dengan ketenangan hati itulah dia senang, itulah dia kekayaan.
Ketenangan hati itulah yang menyelamatkan kita.
Kesenangan harta adakalanya membawa bahaya dan celaka.
Apa yang berlaku pada diri kita itu adalah ketentuan dan pilihan Tuhan.
Kalau pandai kita menerimanya itu adalah keselamatan.
Bertenanglah dengan kesusahan ia ada maksud baik dari Tuhan.
Maha Suci Tuhan daripada menzalim insan.
Manusialah yang menzalimi dirinya sendiri kalau tidak faham.

Menjelang tidur
30.08.2004

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup