Doa lepas asar

Assalamu'alaikum. Saya sertakan du'a rutin peribadi Jumaat selagi hidup, ada kederat dgn diizin ALLAH SWT....

*DU'A DI ANTARA WAKTU MUSTAJAB HARI JUMAAT (ANTARA 'ASAR & MAGHRIB)*

Assalamu'alaikum keluarga/guru2 mulia/saudara/sahabat Muslim yg sy kasihi kerana ALLAH SWT. Sempena hari *Jumaat bulan Safar tahun baru1440H* di waktu mustajab du'a ini, sy (Yatt aka Yatie) mendu'akan utk kita semua agar ALLAH Ya RAZZAAQ (Pemberi Rezeki) kurniakan kpd kita rezeki berikut ;

*aqidah yg kukuh, rasa lazat dlm beribadah, rezeki yg halal, baik, cukup dan selesa, kesihatan yg baik, keselamatan yg terjamin, ketenangan jiwa, kelapangan dada, sifat redha, tabah, tenang dan sabar dlm menghadapi apa sj ujian ALLAH SWT dgn keyakinan penuh akan hikmah di sebaliknya, kemudahan, keberkatan dan rahmat dlm segala urusan yg diredhai ALLAH SWT, sifat syukur akan segala ni'mat dan kurniaan ALLAH SWT DAN membantu kita dlm menggunakan kembali segala ni'mat dan  kurniaan ALLAH SWT ke jalan yg diredhai NYA TANPA mendustai ni'mat dan kurniaanNYA walaupun sebesar zarrah DAN dalam masa yg sama saya memohon juga kepada ALLAH SWT utk melindungi kita dari sebarang perkara yg boleh memudharatkan aqidah, ibadah, kesihatan dan keselamatan kita dan dipelihara, dilindungi dan dijauhi dari fitnah hidup, fitnah mati dan fitnah al masihi dajjal!*

*Ya ALLAH, terimalah, berkatilah dan rahmatilah semua amalan kami selama ini...
Aamiin...Aamiin Ya MUJIIBassaa Iliin...

*Semoga amal ibadat kita pada tahun baru 1440H ini dalam mendekatkan diri pada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW, lebih baik dari tahun lepas dan diterima ALLAH SWT sepenuhnya. Semoga kita dijauhi dari segala MURKA ALLAH SWT.*
Aamiin...Aamiin Ya MUJIIBassaa Iliin...

(Selawat dan Salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, Keluarga dan Sahabat Baginda SAW. Segala puji bagi ALLAH Ya HAMIID, TUHAN Pentadbir Sekelian Alam, Ya MALIKUL MULK).

Wallahua'lam.
----------------------------------------
Rujukan Hadis Rasulallah SAW waktu mustajab du'a : Musnad Ahmad; 7688. Status Hadis; Soheh. Turut diriwayatkan oleh An- Nasai, dari Jabir bin Abdillah RA. Sunan An-Nasai; 1389).
----------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup