Hargai masa sekarang

☀☀☀
‎*ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ*

Salaam. 🌹

Tarikh dan waktu kematian berlaku bila-bila sahaja. Tanpa pengetahuan kita dan boleh terjadi tanpa dijangka.

Gunakanlah segala kesempatan dan peluang di dunia yang singkat ini dengan melakukan amal soleh sebelum ia hilang berlalu dan kita terlepas peluang. Rasulullah SAW mengingatkan kita:

‎ إذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِك لِمَرَضِك وَمِنْ حَيَاتِك لِمَوْتِك

“Jika engkau berada di pagi hari, jangan tunggu sampai petang hari. Jika engkau berada di petang hari, jangan tunggu sampai pagi. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.” (HR. Bukhari No: 6416) Status: Hadis Sahih

Waktu untuk melakukan kebaikan, amal soleh, bershukur, berzikir dan ucapan kasih serta sayang ada lah *Sekarang*. Hargailah waktu yg ada ini.

Uhibbukum fillah. 🌹❤

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup