Sebaik-baik perhiasan dunia

Nota Abi #106

Wanita solihah sebaik-baik perhiasan dunia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=960896507453396&id=243537035856017

Sabda Rasulullah s.a.w,

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِهَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ،
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solihah.” (Hadith riwayat Muslim dari Abdullah ibnu Umar r.hma)

Hadith tersebut menyatakan bahawa nilai perhiasan dunia seperti emas perak, perniagaan, binatang ternak dan sawah ladang yang luas, semuanya akan kalah jika dibandingkan seorang wanita solehah. Dari hadith ini kita boleh melihat bagaimana Islam memuliakan wanita. Tapi tidak semua wanita mempunyai nilai melebihi perhiasan dunia tersebut. Kemuliaan ini hanya akan disandang oleh wanita solehah.

Betapa tidak, dalam setiap ruang kehidupannya wanita solehah akan melakukan yang terbaik. Jika diamanahkan harta oleh suaminya, maka harta tersebut tidak akan dibelanjakan untuk hal-hal yang sia-sia. Jika Ia amanahkan seorang anak oleh Tuhannya, maka ia akan mendidiknya sebaiknya menjadi generasi islam yang cemerlang akhlak dan ilmunya.

Al-Qurtubhi menyatakan yang ciri-ciri Isteri solihah ialah,
1. Menyenangkan apabila dipandang suaminya,
2. Mentaati suruhan suaminya dan,
3. Menjaga diri dan harta suaminya apabila suaminya bermusafir.

Ditafsiri dari sebuah riwayat Abu Daud;

Rasulullah bersabda;

أَلَا أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solihah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya.”

Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Kuliah Zohor
Kompleks Islam Darul Faizin
Kitab Riyadhussolihin
16 Oktober 2018

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup