Jenis-jenis hukum
ASSALAMU'ALAIKUM WBT.
✳️ Hukum-hukum islam itu ada lima iaitu : Fardhu, Sunnah, Haram, Makruh dan Mubah (harus).
✳️ Fardhu ialah suatu bentuk amal yang diberikan pahala bagi siapa yang melakukan, dan disiksa bagi siapa yang meninggalkan. (Fardhu dan Wajib mempunyai satu makna kecuali dalam hal ibadah haji).
✳️ Sunnah : ialah suatu bentuk amal yang diberikan pahala bagi siapa yang melakukan, dan tidak disiksa bagi siapa yang meninggalkan. (Sunnah, Mandub dan Mustahab itu mempunyai satu arti).
✳️ Haram : ialah suatu bentuk amal yang diberikan pahala bagi siapa yang meninggalkan, dan disiksa bagi siapa yang melakukan.
✳️ Makruh : ialah suatu bentuk amal yang diberikan pahala bagi siapa yang meninggalkan, dan tidak disiksa bagi siapa yang melakukan.
✳️ Mubah : ialah suatu bentuk amal yang tidak diberikan pahala bagi siapa yang melakukan, dan tidak pula disiksa bagi siapa yang meninggalkan.
✳️ Pembahagian Fardhu, Fardhu itu ada dua bahagian, iaitu Fardhu ’Ain dan Fardhu kifayah.
✳️ Fardhu ’Ain : ialah sesuatu yang diwajibkan atas setiap peribadi orang mukallaf untuk melakukannya, dan tidak dapat gugur kewajibannya walaupun orang lain sudah melakukannya.
✳️ Fardhu Kifayah : ialah sesuatu yang diwajibkan atas seluruh orang mukallaf untuk melakukannya, tetapi apabila sebahagian orang telah melakukan, maka gugurlah kewajiban atas orang lain. Seperti sholat jenazah.
✳️ Mukallaf : adalah orang yang sudah dewasa (baligh) serta berakal sempurna (tidak gila).
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
Comments
Post a Comment