Tak hendak, seribu dalih

Bila ada seminar agama berbayar – dihentam, atau tidak mampu..diminta yang percuma
BIla dibuat yang percuma – dikata jauh dari tempatnya..diminta yang dekat
Bila dibuat dekat – dikata tarikh tidak free..diminta dirakam ceramah
Bila sudah dirakam – dikata tak jumpa..diminta upload ke youtube
Bila sudah diupload – dikata panjang sangat..diminta buat pendek-pendek
Bila sudah dipecah-pecah – dikata tak jelas..diminta buat ikut tajuk
Bila sudah dibuat ikut tajuk – dikata bosan..diminta guna tajuk catchy
BIla sudah dibuat catchy – dikata tak jumpa..diminta link
Bila sudah diberi link – dikata belum sempat dengar..diminta tunggu
BIla sudah lama tunggu – sudah dengar namun dengar separuh saja kerana bosan..diminta lawak dan penceramah perlu itu ini itu ini untuk menarik..
Bila penceramah sudah itu itu itu ini – dikata penceramah dah jadi retis kurang isi, lawak je pandai.

Ada sesiapa berada di mana-mana tahap seperti di atas? Itulah masalah hati..masalah sendiri yang perlukan pembersihan, bukan masalah penceramah dan majlis ceramah. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Sumber :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1039597522746597&id=264020270304330

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup