Sedarkah kita
Kalau kita sedar bahawa dunia ini tidak kekal, maka apa persiapan kita untuk menuju kehidupan selanjutnya?
Kalau kita sedar bahawa tugas kita hanya mengabdi diri padaNya, maka sudahkah kita mengabdikan diri dengan sepenuh hati?
Kalau kita sedar bahawa bukan kita yang hebat tapi Allah yang menutup kekurangan kita, maka masihkah kita memiliki kesombongan di hadapan manusia?
Kalau kita sedar bahawa tidak ada jaminan keselamatan pada hujung kematian kita, maka apa yang telah kita lakukan untuk tetap istiqomah di jalan-Nya sampai akhir?
Kalau kita sedar harta itu sdbagai jambatan ke akhirat, maka bagaimanakah kita menambah amal dengan harta itu?
Hindarilah mempamerkan harta, selain untuk menjaga hati supaya tidak sombong dan takabbur, kita juga tidak tahu apakah kita lulus dengan dua pertanyaan Allah swt di akhirat kelak.
Dari mana kamu dapatkan harta itu dan ke mana kamu belanjakannya?
Comments
Post a Comment