Jom perbaiki solat kita

BAGAIMANA NAK PERBAIKI SOLAT AGAR ALLAH PERBAIKI HIDUPMU?
🌷🌷🌷🌷🌷

Rumah kita yang duduki pun kita nak selesa, repair biar cantik dan selesa.. bila bocor kita tampal, bila perabut lusuh, kita ganti baru. Begitu juga dengan solat. Setelah sekian lama, dari kecil hingga besar.. takkan solat kita masih ditakuk lama. Tak berganjak langsung. Tiada perubahan dilakukan.. subhanallah.. mari sama-sama kita muhasabah diri..
.
.
Cara perbaiki solat yang anda mesti tahu;

1. Jagalah wudukmu, kerana wuduk dapat menggugurkan dosa. Ketika kita membasuh kedua tangan kita, kita telah menghapus dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangan kita. Ketika membasuh kaki kita telah menghapus dosa yang dilakukan oleh kedua kaki kita. Begitu seterusnya.
.
.
2. Bersegera menunaikan solat apabila mendengar azan. Bukan lagi solat di akhir waktu. Usah berlengah lengah. Dahulukan Allah dalam segala hal, maka Allah akan mencukupkan masa buat kamu.
.
.
3. Jaga khusyuk dalam solat dengan memahami setiap maksud bacaan dalam solat. Apabila faham maksudnya, tentu fikiran kita lebih jelas kenapa kita solat dan mengikut rukun-rukunnya.
.
.
4. Menambah bacaan surah yang dibaca dalam solat. Jika sebelum ini kita hanya tahu baca surah 3 Qul, kini.. boleh lah ditambah dengan surah yang lebih panjang seperti surah Dhuha, Surah al Insyirah, Surah at Thariq dan banyak lagi.
.
.
5. Istiqamah dengan apa yang anda lakukan diatas. Iaitu sentiasa dalam wuduk, solat awal waktu, jaga khusyuk dalam solat dengan memahami maksud bacaan dalam solat dan jangan lupa untuk menambah baik surah-surah yang dibaca. Perbaiki solatmu, insyaa Allah, Allah akan perbaiki hidupmu.
.
.
Dari kesedihan kepada kebahagiaan. Dari kesuntukan masa diberi kan kelapangan, dari kekusutan diberikan cahaya ketenangan. Itu semua dapat datang daripada solat yang sempurna dan terjaga. Wallahua’lam.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup