Bersihkan kotoran di hatimu
Pagi nan indah.
Namun jika hati yang penuh dengan kesedihan, kekecewaan dendam tak sudah, kecil hati, pilu, duka tiada apa yang indah.
Usahlah disimpan bebanan ini ia hanyalah #menzalimidirisendiri.
Memaafkan, menerima apa yang sudah berlaku adalah taqdir tanda seorang beriman.
Sukakah kita membina jurang neraka?
Atau kita membina rumah di syurga?
Kalian ada pilihan!
.
.
.
.
★★★
Allah Maha Pengampun Maha Pengasih
YA AFFUW YA GHAFAR YA TAWWAB YA QUDDUS YA JALIL
Bicarahati :
Ya Allah Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab, alirkan daya kemaafan dan keampunanMu ke dalam hatiku agar daku dapat menjadi seperti Rasulullah yang sangat pemaaf.
Ya Allah Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab, alirkan daya kemaafan dan keampunanMu ke dalam hatiku agar daku dapat menjadi seperti Rasulullah yang sangat pemaaf.
Ya Allah di pagi ini daku menerima semua yang berlaku adalah qada qadarMu, aku terima aku redha. Aku memaafkan serta mengampuni semua hambaMu.
Ya Quddus Ya Jalil, bersihkan semua kotoran hatiku segala kesedihan, kelukaan, keperitan, kepiluan dendam kemarahan yang bersarang dalam hati ini.
Ya Tawwab, terimlah taubatku ini.
Ya Rohman Ya Rohim Ya Rouf Ya Karom baluti segala kelukaan ini dengan dakapan kasihsayangMu.
Ya Sami Ya Mujib.
*****
RENUNGI KISAH INI...
Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya untuk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah. Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar-pelajar tersebut. Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.
Pada hari yang ditetapkan, semua pelajar membawa tomato mereka. Ada yang memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, bahkan ada yang mempunyai 20 tomato mengikut jumlah orang yang dibenci mereka.
Pada hari yang ditetapkan, semua pelajar membawa tomato mereka. Ada yang memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, bahkan ada yang mempunyai 20 tomato mengikut jumlah orang yang dibenci mereka.
Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama 2 minggu.
Hari-hari berlalu, pelajar-pelajar mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.
Pelajar-pelajar yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.
Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar: "Bagaimana anda rasa minggu ini?"
Pelajar-pelajar mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat dari tomato, terutama pelajar-pelajar yang membawa banyak tomato.
Guru berkata,
"Ini adalah serupa dengan apa yang kamu bawa dalam HATI kamu apabila kamu tidak suka kepada sesetengah orang.
"Ini adalah serupa dengan apa yang kamu bawa dalam HATI kamu apabila kamu tidak suka kepada sesetengah orang.
Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan kamu membawa kebencian itu di mana-mana.
Jika kamu tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati kamu kerana kamu membawa ia setiap hari.
Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan dari rumpai yang tidak diingini.
Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian kamu.
Ini akan membuat Ruang untuk menyimpan perkara yang baik-baik. Ianya lebih baik, tidak pahit."
#AllahuYaGhoffurYaRohim
Comments
Post a Comment