Tip kewangan peribadi
Dapat sahaja gaji/pendapatan asingkan terus untuk 3 perkara ini.
1. Bayar Hutang
“Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut” Al Baqarah 283
Bayarlah hutang dulu nescaya tenang sikit hati, tak kisah la hutang dengan orang atau dengan bank. Keduanya wajib dibayar.
2. Sedekah dan zakat
Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, kita diamanahkan untuk menyampaikannya.
Zakat memang wajib ke atas umat Islam. Salah satu dari rukun Islam. Jangan kita ambil mudah perkara ni.
“Apa sahaja yang kamu infaqkan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah pemberi rezeki yang sebaiknya” Saba’ Ayat 39.
Jangalah takut nak bersedekah kerana terlampau banyak manfaatnya.
3. Simpanan
Simpan la sekurangnya 10% daripada pendapatan.
Menyimpan tidak menjanjikan anda akan jadi kaya, tapi kalau boleh konsisten simpan 10% inshaAllah anda boleh bersara dengan selesa.
#TSI
Comments
Post a Comment