Menyantuni ibubapa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1HADIS 1HARI :
24hb OKTOBER 2017M / 3 SAFAR 1439H
Selasa.
*HADITH KE 343*
*BERBUAT BAIK DAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA-1*
----------------------------
_Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata"Saya bertanya kepada Nabi SAW,:Amalan apakah yang di sukai oleh Allah SWT, "Baginda bersabda:"Solat pada waktunya, saya bertanya lagi:Kemudian apa lagi? Baginda bersabda:Berbuat baik kepada orang tua.Saya bertanya:Kemudian apa lagi? Baginda bersabda:Berjihad dijalan Allah SWT"_
HR Bukhari & Muslim.
*Dalam usaha untuk berbuat baik dan mentaati kedua orang tua, berikut adalah antara perkara perkara yang perlu diperhatikan dan diambil berat:*
*1.Ibu bapa suka jika anak berbakti kepadanya.*Sahut panggilannya, penuhi suruhanya, ringankan kerjanya, membantu tanggungan sara hidupnya, menjaganya ketika sakit, hidangkan makanannya, bertanya khabar dan ambil tahu kehidupannya jika berjauhan dan sebagainya.
*2.Ibu bapa ada hati dan perasaan.* Walaupun umpamanya mereka sudah nyanyuk dan lanjut usia, tapi hati mereka masih boleh merasa dan terkesan dengan kata kata serta tindak tanduk anak anak.
*3.Ibu bapa pantang ditegur*.Umumnya ibu bapa sentiasa rasa diri mereka lebih betul dari anak sebab mereka lebih dulu makan garam.Jadi, pantang kalau anak tegur ibu bapa dalam satu satu perkara secara semborono.
*4.Ibu bapa mudah terkesan dengan pandangan mata anaknya*.Kalau anak memandang dengan kasih sayang, ibu bapa akan tahu.Begitu juga jika sebaliknya.
*5.Ibu bapa tidak suka digula-gulakan oleh anak2.* Mereka suka pemberian dari anak, tapi hati kecil mereka menolak pemberian yang bukan ikhlas dari hati atau sekadar untuk ambil hati.
*6.Ibu bapa suka dijadikan tempat rujukan.*Kalau anak tidak pernah minta pandangan, tidak pernah minta restu dan doa, hati mereka boleh terguris.
*7.Diam ibu bapa biasanya tanda tidak setuju.* Kalau anak meminta persetujuan ibu bapa dalam sesuatu perkara tapi mereka diam sahaja, maka diam itu berkemungkinan besar tanda tidak setuju.
*8.Semakin lanjut usia, ibu bapa semakin sensitif*.Kalau seseorang itu ada ibu atau ayah yang sudah lanjut usia, ada baiknya dia lebih berhalus untuk menjaga hati mereka.Tersilap sedikitpun pun boleh melukan hati dan mengundang rajuk mereka.
*9.Ibu bapa umumnya suka manjakan cucu dan merasa tidak senang jika cucunya diapa-apakan.*Jadi kalau hendak marah atau rotan anak, ia tidak boleh di buat di depan mata nenek atau datuknya untuk menjaga perasaan mereka.Jadi banyak sudut yang boleh ditengok untuk menjaga hati dan perasaan ibu bapa.Boleh dikatakan menjaga hati mereka bagaikan menjaga kaca yang mudah pecah.
" Sampaikan dariku walau hanya satu ayat ” ( HR Bukhari ) بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Comments
Post a Comment