Segelas air
SEGELAS AIR
Sila bace sampai habis jika nak tau pasal segelas air..😉😉😘😘😘
Seorang lelaki muda memberitahu seorang ustaz :
_"Ustaz, saya tidak mahu ikut kelas pengajian ini lagi"_
_"Apa alasannya?"_, tanya ustaz.
_"Saya lihat di kelas pengajian ini
perempuannya suka bergosip,
laki2 nya munafik, menguruskan cara hidupnya tak betul,
jemaahnya pula sibuk dg henfon, dll.."_
Kata ustaz;
_"Baiklah. Tapi sebelum kau pergi,__tolong lakukan sesuatu untukku._
_Ambil segelas penuh air dan berjalanlah keliling dalam masjid ini tanpa menumpahkan walaupun setitis air ke lantai._
_Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid dan majls ini."_
_"Itu senang sangat!"_
Diapun melakukan apa yg diminta oleh ustaz,
Sementara pengajian sedang berlangsung.
Setelah selesai, dia berkata kepada ustaz,
bahawa dia sedia utk pergi.
_"Sebelum kamu pergi,
ada 1 soalan.
Ketika kamu berjalan keliling dalam masjid,
ada engkau mendengar orang bergosip,
melihat orang munafik, melihat orang sibuk dgn henfonnya?"_
Jawab pemuda itu ;
_"Tidak."
_"kamu tahu mengapa?"_
_"Tidak."_
_"Kerana kamu fokus pada gelasmu,
Untuk memastikan tidak terlanggar sesuatu dan tidak ada air yg tumpah."_
Begitulah dgn kehidupan kita. Apabila kita mengarahkan pandangan, aktiviti & tujuan kita hanya kepada Allah ﷻ, maka :
• Kita tidak akan ada waktu untuk melihat dan mencari kesalahan orang lain
• Kita tidak akan ada waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.
• Kita tidak akan ada waktu untuk bergosip atau mendengar gosip dari orang lain.
• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita untuk mencari redha Allah
Manusia bila direndahkan tidak mungkin sampai menjadi sampah.
Manusia bila disanjung juga tidak mungkin jadi rembulan.
Maka jangan risaukan kata-kata orang, sebab setiap orang melihatmu dengan pemahaman
dan pengalaman yang berbeza.
Teruslah melangkah selama mana engkau di jalan yang benar,
meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai, bahkan mungkin dibenci.
Tidak perlu sibuk menjelaskan perihal dirimu, sebab orang yang sukakan kamu tidak perlu itu semua dan orang yang membencimu pula tidak percaya itu semua.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,
tapi tentang siapa yang nak berbuat baik.
Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam, tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan untuk dia berubah.
Jangan mengeluh, teruslah berdoa dan ikhtiar. Sibukkan diri dengan kebaikan hingga keburukan penat mengikutimu.
Hargailah persahabatan dan persaudaraan.
Wassalam.
Comments
Post a Comment