Jauhi mengata-ngata hal orang
Mengata dan Campur Tangan
Ya akhi. Ya ukhti!!! Ittaqillah! Bertaqwalah pada Allah!
Jangan kita mengumpat, menghina, mengkeji, menyindir dan berkata buruk tentang seseorang berhubung dgn hal ehwal peribadi dan rumahtangga orang..
Saya sedih bila lihat ramai golongan agamawan dan orang yg faham agama atai berlatarbelakang agama, sedap mulut dan sesedap rasa hati mengata dan mengkeji agamawan lain yg sesemestinya beliau sedang diuji oleh Allah dlm hal peribadi dan rumahtangga.
Jadi-jadilah duk mengata.
Cukup-cukuplah menghina orang.
Hentikanlah menyindir orang.
Kerana apa? Kerana kita belum tentu mampu mengharungi ujian yang sama andai Allah uji kepada kita.
Bahkan, kita juga belum diuji dgn ujian yg sama. Maka, jangan kita terlampau mendabik dada.
Ya Allah... andailah kita ini mampu melihat catatan amalan kita, semestinya kita malu dgn aib diri kita. Kita malu dgn kesalahan yg kita buat.
Namun, hari ini, berapa ramai yg sedap dan suka membuka aib orang lain? Hatta aib abang kandung tersendiri?
Dengan membuka aib abang atau adik beradik di media sosial, maka apakah solusi yg mahu dituntut sebenarnya?
Adakah dengan bercerita semuanya pada media sosial, maka segala permasalahan akan selesai?
Tidak! Sama sekali tidak akan selesai!
Membuka aib orang lain, tidak aka menyelesaikan masalah! Bahkan, ianya akan memberi ruang kepada masalah yang lain pula.
Masalah fitnah, caci mencaci, keji, memaki hamun, bersangkan buruk, mengata hal orang dan sebagainya akan timbul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan akibat drp perbuatan membuka aib orang tersebut!
Ingatlah!
Sekali kita mengata dan mengutuk orang lain, maka kita sudah menempah nama kita supaya Allah menurunkan bala atau ujian yg sama ke atas diri kita kelak.
Berhati-hatilah!
Supaya diri kita dan anda semua terpelihara..
M Ashraf
5 disember 2019
Comments
Post a Comment