Bila diuji
RABU 05 JAMADIL AWAL 1441H 1 January 2020
Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amiin Ya Robbal’alamin.
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
Lelaki yang badannya sado, Allah uji dengan rasa bangga mahu menunjukkan tubuh badan sehingga menampakkan aurat
Perempuan yang rambutnya cantik, Allah uji dengan rasa mahu free hair
Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan² yang mahu menggodanya
Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik
Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan
Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain
Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati
Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman
Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah
Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya
Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri
Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu
Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati
Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi
Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah.
Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza.
Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat
Ingatlah
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian
Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian
Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia, untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri
Tepuk dada tanya iman
Comments
Post a Comment