Tanda-tanda masalah kesihatan mental
Tidak ramai yang sanggup mengakui dia ada masalah kesihatan mental.
Ini disebabkan masalah kesihatan mental dianggap remeh dan tidak memerlukan rawatan. Disamping itu, terlalu banyak stigma dalam masyarakat yang berkait dengan kesihatan mental.
Cara paling mudah untuk mengenalpasti samada orang terdekat dengan kita mengalami masalah kesihatan mental adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya.
Seperti yang dipaparkan di rajah di atas, tanda-tanda yang ketara yang dapat dilihat adalah:
1. mudah marah/meradang - sensitif dan cepat terasa disakiti. perkara yang kecil boleh menimbulkan marah yang panjang.
2. letih/lesu sepanjang masa - selalu mengadu penat, letih, rasa tidak bermaya walaupun sudah berehat secukupnya.
3. keresahan yang teruk - resah gelisah, mungkin terlalu memikirkan tentang sesuatu perkara.
4. kerisauan melampau - tidak dapat mengawal fikiran dari berfikir tentang sebesar-besar perkara hingga kepada sekecil-kecil perkara. terlalu banyak "kalau" bermain di fikirannya.
5. perubahan selera makan - selera naik mendadak atau tiada langsung selera makan.
6. kurang berminat terhadap aktiviti harian - hilang minat untuk melakukan aktiviti yang biasa dan menggembirakan.
7. perubahan ketara pada personaliti - jika biasanya pendiam, dia berubah menjadi peramah dan sebaliknya.
8. penyalahgunaan dadah atau alkohol - mula mengambil dadah atau alkohol supaya dapat melupakan kerisauan atau kegelisahan yang dialami.
9. tingkahlaku agresif - bertindak ganas dan mencederakan.
10. memikir atau bercakap tentang bunuh diri atau hendak mati.
11. masalah tidur - susah untuk tidur malam atau terlalu mudah tidur pada masa yang tidak sepatutnya tidur.
Kesemua tanda-tanda ini mungkin saja dialami oleh sesiapapun, namun jika berlarutan melebihi dua minggu, mulakanlah permerhatian tentang perubahan selanjutnya.
Lebih cepat dikesan, maka lebih besar peluang untuk dirawat dan sembuh.
Comments
Post a Comment