Siapa yang perlu tahu tentang kesihatan mental?
Semakin hari semakin ramai yang mengalami tekanan mental. Melihat statistik semasa amat membimbangkan.
Sesiapa saja berisiko menghadapi tekanan samada di rumah, di tempat kerja atau dalam sesebuah perhubungan.
Bermula dengan tekanan yang sedikit menyesakkan dada, ia boleh bertukar menjadi melampau dalam masa yang singkat, sekiranya tidak ditangani segera dan sebaiknya.
Ibarat luka yang nampak, biar cepat dirawat sebelum parah.
Apakah persediaan anda untuk menghadapi situasi ini?
Sila ambil perhatian tentang kesihatan mental anda atau orang-orang yang anda sayangi jika:
1. mengalami kesedihan, kebimbangan atau kegelisahan yang berpanjangan. Anda harus tahu bahawa penyakit ini boleh sembuh jika cepat dapatkan bantuan dan rawatan.
2. menjadi pemerhati atau penjaga kepada seseorang yang mengalami masalah mental. Anda harus belajar menjaga kesejahteraan orang yang sedang mengalami masalah ini. Kesembuhannya amat bergantung kepada anda, bagaimana anda memahami apa yang sedang dihidapinya.
Comments
Post a Comment