Menghindar penyakit merbahaya
๐ฟTazkirah Ahad ๐ฟ
Amalkan Doa- Doa Menolak Bala Dan Penyakit Daripada Nabi SAW
DUNIA hari ini digemparkan dengan berbagai penyakit berjangkit yang baru yang tidak pernah dikenali sebelum ini.
Wabak baharu tersebut dikaitkan dengan virus korona yang membawa maut sebelum ini, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut lebih 700 nyawa di Wuhan Cina.
Semua negara di dunia berjaga-jaga supaya wabak tersebut tidak merebak dinegara mereka termasuk negara kita Malaysia
Terdapat doa yang diajar oleh Rasulullah SAW agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudharatkan samaada musibah penyakit atau perbuatan jahat manusia sebagaimana yang diriwayatkan oleh sebahagian sahabat Nabi SAW. Antaranya:
Pertama : Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
ู
َْู َูุงَู ุจِุณْู
ِ ุงَِّููู ุงَّูุฐِู َูุง َูุถُุฑُّ ู
َุนَ ุงุณْู
ِِู ุดَْูุกٌ، ِูู ุงْูุฃَุฑْุถِ، ََููุง ِูู ุงูุณَّู
َุงุกِ، ََُููู ุงูุณَّู
ِูุนُ ุงْูุนَِููู
ُ، ุซََูุงุซَ ู
َุฑَّุงุชٍ، َูู
ْ ุชُุตِุจُْู َูุฌْุฃَุฉُ ุจََูุงุกٍ، ุญَุชَّู ُูุตْุจِุญَ، َูู
َْู َูุงََููุง ุญَِูู ُูุตْุจِุญُ ุซََูุงุซُ ู
َุฑَّุงุชٍ، َูู
ْ ุชُุตِุจُْู َูุฌْุฃَุฉُ ุจََูุงุกٍ ุญَุชَّู ُูู
ْุณَِู
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:
ุจِุณْู
ِ ุงَِّููู ุงَّูุฐِู َูุง َูุถُุฑُّ ู
َุนَ ุงุณْู
ِِู ุดَْูุกٌ ِูู ุงْูุฃَุฑْุถِ ََููุง ِูู ุงูุณَّู
َุงุกِ، ََُููู ุงูุณَّู
ِูุนُ ุงْูุนَِููู
ُ
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
[Hadis Riwayat Abu Daud (5088)]
[Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadis ini adalah hasan]
Kedua : Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
ุฌَุงุกَ ุฑَุฌٌُู ุฅَِูู ุงَّููุจِِّู ุตََّูู ุงُููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ ََููุงَู: َูุง ุฑَุณَُูู ุงِููู ู
َุง َِูููุชُ ู
ِْู ุนَْูุฑَุจٍ َูุฏَุบَุชِْูู ุงْูุจَุงุฑِุญَุฉَ، َูุงَู: ุฃَู
َุง َْูู ُْููุชَ، ุญَِูู ุฃَู
ْุณَْูุชَ: ุฃَุนُูุฐُ ุจَِِููู
َุงุชِ ุงِููู ุงูุชَّุงู
َّุงุชِ ู
ِْู ุดَุฑِّ ู
َุง ุฎَََูู، َูู
ْ ุชَุถُุฑََّู
Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:
ุฃَุนُูุฐُ ุจَِِููู
َุงุชِ ุงِููู ุงูุชَّุงู
َّุงุชِ ู
ِْู ุดَุฑِّ ู
َุง ุฎَََูู
(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)”
nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.”
[Hadis Riwayat Muslim (2709)]
Ketiga : Daripada Ibn Umar r.a, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:
َูู
ْ َُْููู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงُููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ َูุฏَุนُ َูุคَُูุงุกِ ุงูุฏَّุนََูุงุชِ، ุญَِูู ُูู
ْุณِู، َูุญَِูู ُูุตْุจِุญُ: ุงَُّูููู
َّ ุฅِِّูู ุฃَุณْุฃََُูู ุงْูุนَุงَِููุฉَ ِูู ุงูุฏَُّْููุง َูุงْูุขุฎِุฑَุฉِ
Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:
“ุงَُّูููู
َّ ุฅِِّูู ุฃَุณْุฃََُูู ุงْูุนَุงَِููุฉَ ِูู ุงูุฏَُّْููุง َูุงْูุขุฎِุฑَุฉِ
(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”.
[Hadis Riwayat Abu Daud (5074)]
[Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadis ini adalah sahih]
Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (ุงูุนุงููุฉ) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala.
[Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]
Keempat : Daripada Anas bin Malik r.a berkata:
َูุงَู َُُูููู: ุงَُّูููู
َّ ุฅِِّูู ุฃَุนُูุฐُ ุจَِู ู
َِู ุงูุจَุฑَุตِ، َูุงْูุฌُُِููู، َูุงْูุฌُุฐَุงู
ِ، َูู
ِْู ุณَِّูุฆِ ุงْูุฃَุณَْูุงู
ِ
Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:
ุงَُّูููู
َّ ุฅِِّูู ุฃَุนُูุฐُ ุจَِู ู
َِู ุงูุจَุฑَุตِ، َูุงْูุฌُُِููู، َูุงْูุฌُุฐَุงู
ِ، َูู
ِْู ุณَِّูุฆِ ุงْูุฃَุณَْูุงู
ِ
(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)”
[Hadis Riwayat Abu Daud (1554)]
[Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadis ini adalah sahih]
Melihat kepada beberapa doa di atas, maka wabak virus corona Wuhan itu boleh dimasukkan ke dalam penyakit-penyakit yang buruk atau memudharatkan. Tambahan pula, kita boleh sahaja berdoa dengan apa jua doa yang ingin kita panjatkan kepada Allah SWT dan tidak semestinya dengan bahasa Arab.
Oleh itu, tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang ingin berdoa dengan sesuatu doa walaupun doa tersebut tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW.
Selain itu, kita juga boleh beramal dengan doa-doa di atas kerana ia merupakan perisai buat kita agar dihindari daripada segala penyakit atau perkara-perkara yang tidak baik.
๐ฅฆ Wassalam ๐ฅฆ
Makmum Sundari
26.1.2020
#MS#AB
#Doa-DoaHindariPenyakutDanBala
#SuaraPrihatin
Comments
Post a Comment