Guna perkataan positif
Gunalah perkataan yang bersifat positif.
Saya memetik dari tulisan seorang sahabat tentang hal ini.
Katanya, hampir 90% perkataan yang kita guna dalam hidup kita akan mempengaruhi kehidupan kita. Sedar atau tidak, perkataan sama ada dari luar atau diri kita sendiri memberi impak yang sangat besar kerana perkataan boleh terus mempengaruhi emosi, fikiran dan hasil tindakan kita.
Kenapa begitu?
1. Kata -kata boleh jadi satu keajaiban.
2. Daripada membiarkan diri kita dipengaruhi oleh kata-kata orang lain, lebih baik pengaruhi diri kita dengan kata-kata kita sendiri.
3. Pengaruhi diri anda sendiri dengan ubah perkataan anda. Banyakkan bercakap yang positif pada diri sendiri (buat affirmation, self talk, self love)
4. Badan manusia mempunyai banyak air dan molekul air akan ikut apa yang di perkatakan. Jadi, ucaplah perkataan yang baik dan positif sebagai saranan kepada diri
5. Molekul air merakam apa yang diterima. Kita adalah tuan kepada diri kita, selalu beri saranan yang baik kepada diri untuk programkan diri kita
6. Sekiranya dalam kesedihan, kekecewaan maka beri saranan kepada diri supaya tukar emotional state kepada yang lebih positif.
7. Selama ini kita dah beri peluang pada saranan orang lain untuk memprogramkan diri kita. Break the pattern!
8. Berikan saranan kepada diri dengan ubah perkataan :
• Saya Nak > Saya Mesti
• Mahal > wow murah
• Sakit > dalam proses penyembuhan
• Takut > Berani
• Tak tahu / Lemah > Insha Allah kuat
• Risau > Tenang
• Murah rezeki > Melimpah ruah
• Duit sikit > Wow banyak
9. Elakkan berbicara hal gelap malah hadirkan hal cahaya yang memberikan penyembuhan kepada diri (body intelligence).
Dipetik dari FB Husna Samsudin
Comments
Post a Comment