Siapa yang berisiko terkena sakit mental?
Adakah anda berisiko untuk menghidapi sakit mental?
Saya memetik maklumat dari poster dari KKM ini.
Anda berisiko sekiranya anda tergolong dalam kategori yang disenaraikan di bawah ini...
1. mempunyai personaliti (in-born) yang suka memendam rasa, kurang keyakinan diri, sentiasa bimbang dan berasa selalu gagal dan kesal.
2. melalui tragedi ngeri yang membawa trauma yang berpanjangan spt kematian ataupun kenangan yang menyakitkan.
3. suasana sosial dalam pergaulan atau dari segi kewangan, yang mengundang konflik.
4. didera secara fizikal, emosi oleh orang-orang terdekat spt ahli keluarga yang lebih berumur.
5. tinggal dalam persekitaran yang penuh dengan tekanan dalam diri sendiri, keluarga mahupun rakan-rakan.
6. ketagihan kepada alat-alatan spt telefon bimbit, tablet, rokok, alkohol, PS4 ataupun dadah.
7. dibuli secara fizikal, lisan ataupun di alam maya (siber).
Dari senarai ini, boleh disimpulkan bahawa sesiapa saja mempunyai risiko terkena sakit mental ini tanpa kita sedari.
Mampukah kita menolaknya jika ia datang?
Adilkah menghukum orang itu begini dan begitu, walhal sebenarnya dia sedang berperang dengan sakitnya?
Comments
Post a Comment