Mental yang sihat

Bagaimana yang dikatakan seseorang itu sihat mentalnya?


Bagaimana, ya? 

Ia melibatkan cara berfikir, cara hidup dan peranan seseorang itu.


Secara ringkasnya, mental seseorang dikatakan sihat sekiranya individu itu berupaya melakukan fungsi, peranan dan aktiviti sebagai seorang manusia yang normal, termasuklah:


* keupayaan untuk belajar,


* keupayaan untuk merasa, mempamer dan mengurus emosinya, dari yang positif hingga kepada yang negatif,


* keupayaan untuk memulakan dan mengekalkan hubungan sesama manusia dalam suasana harmoni,


* keupayaan untuk menghadapi dan menangani cabaran, perubahan dan ketidaktentuan dalam hidupnya.


Dipetik dari:

https://www.mentalhealth.org.uk/your-mental-health/about-mental-health/what-good-mental-health





Dari sudut yang lain pula, saya kongsikan satu artikel yang saya terima dari WA. Tulisan yang ini bersifat lebih merendah diri, bertujuan untuk menilai diri sendiri.


SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN


1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 


2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. 


3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. 


4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 


5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 


6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 


7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain. 


8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak. 


9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".


Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.


Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup