Masalah yang tidak kelihatan
Ia menjadi stigma kerana masalah kesihatan mental adalah masalah yang tidak kelihatan di mata kasar.
Kita menganggap masalah ini perkara remeh dan tak perlu dibesar-besarkan.
Kita lebih mudah menghukum seseorang yang tidak sekepala dengan kita.
Kita lebih mudah menyimpulkan tingkah laku seseorang yang di luar kebiasaan sebagai perubahan yang sementara.
Sakit atau luka luaran senang dikenalpasti. Mudah juga untuk dirawat.
Namun sakit di dalam, tiada yang tahu.
Yang kelihatan di luar hanya seperti lakonan.
Mungkin untuk menyembunyikan dari diketahui orang.
Mungkin untuk diterima sebagai manusia yang normal.
Dari sudut psikologi, seseorang mungkin berdepan masalah kesihatan mental kesan terkumpul dari faktor-faktor berikut:
- pengalaman hidupnya yang perit/traumatik,
- persekitaran pembesarannya sejak lahir,
- personaliti/wataknya dan sistem kepercayaannya,
- kekuatan dalamannya dan cara fikirnya.
Dalam perbualan atau pergaulan seharian, kita harus memerhatikan tanda-tanda masalah kesihatan mental ini.
Ambil berat terhadap aduan atau keluhan orang-orang terdekat dengan kita.
Cuba fahami masalah mereka.
Gunakan kemahiran mendengar dalam menyelami perasaan mereka.
Jangan cuba menasihat atau memberi cadangan. Teruskan saja mendengar.
Comments
Post a Comment