Nilaian dunia

12 Jamadil Awal 1441H
08 Januari 2020M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


Nilaian dunia menurut Al Quran...

Asal perkataan dunia = دنى = rendah atau dekat.

Al Quran mengemukakan tiga pengertian dunia iaitu adakalanya bermakna dekat, rendah, dan adakalanya mengandung pengertian awal. Dari pengertian itu tersimpul bahawa dunia adalah suatu kehidupan awal, dekat dan pendek, atau rendah. Pengertian ini menunjukkan bahawa dunia adalah kehidupan jarak pendek yang memerlukankan persiapan-persiapan  awal.

Antara gambaran nilaian dunia di dalam Al Quran,

1. Dunia adalah permainan dan senda gurau.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.”
(Al-An’am: 32)

2. Dunia adalah sesuatu yang kecil dan remeh.

فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

“Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” 
(At-Taubah: 38)

3. Dunia adalah penyebab kelalaian manusia.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” 
(Ali ‘Imran: 185)

4. Dunia dijadikan nampak indah di mata orang kafir.

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا

“Kehidupan dunia dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang yang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman.” 
(Al-Baqarah: 212)
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ.
 
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
(Hadith Riwayat Muslim)

5. Harta dan anak adalah hiasan dunia.

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia.”
(Al-Kahfi: 46)

6. Dunia adalah bunga-bungaan yang nampak cantik tetapi jadi ujian kepada manusia.

زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ

“(sebagai) bunga kehidupan dunia agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu.”
(ThaHa: 131)

7. Jadi barangan jual beli dengan akhirat 

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ

“Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat.”
(Al-Baqarah: 86)

8. Manusia lebih senang dengan dunia yang singkat dan segera .

أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ

“Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?”
(At-Taubah: 38)

9. Manusia lebih berbangga dengan dunia.

وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا

“Mereka bergembira dengan kehidupan dunia.”
(Ar-Ra’d: 26)

10. Manusia lebih mengharapkan dunia dibandingkan akhirat?

الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ

“(iaitu) orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada (kehidupan) akhirat.”
(Ibrahim: 3)

11. Manusia memang bernafsu terhadap dunia

وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

“dan dia hanya mengingini kehidupan dunia.”
(An-Najm: 29)

12. Manusia lebih memilih dunia dari akhirat.

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾

Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.(16) Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.(17)
(Al A' laa: 16-17)

13. Para pecinta dunia, tempat akhir mereka adalah neraka.

فَاَمَّا مَنْ طَغٰى (٣٧)
وَاٰثَرَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا (٣٨)
فَاِنَّ الْجَحِيْمَ هِيَ الْمَأْوٰى (٣٩)

"Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya.(37) "Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata.(38) "Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.(39)
(An-Nazi’at: 37-39)

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ ﴿الأعراف: ٥١﴾

(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan d unia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.
(Al A’ raaf: 5)

Justeru, usah sampai ditipu oleh dunia...

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup