Asmaul husna: 1 ke 5

Prof Dr Wan Maseri:
Salam, berikut adalah bicarahati ringkas setiap nama Allah utk dibaca diwaktu tahajud seleps sebut Nama Allah:

1. Ya Rahman - Allahumma Ya Rahman, sesungguhnya Engkau maha Pemurah lg maha pengasih. Terima kasih atas segala kurniaanMu kp ku di dunia ini. Engkau mendegup jantungku setiap saat tanpa henti walau daku tidak meminta dan lupa mengucapkan terima kasih kpMu.

2. Ya Rahim -
Allahumma ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah yg maha penyayang, Engkau sentiasa membimbing daku ke jln syurgaMu, dan ketika daku
Prof Dr Wan Maseri:
Ketika daku tersasar dari jln syurgaMu, Engkau tarik daku kembali ke jln syurga dgn sedikit kesakitan, perpisahan dan pelbagai ujian. Daku redha atas segala ujianMu kerana ujianMu itu tanda sayangMu kpku.

3. Ya Malik- Allahumma Ya Malik, sesungguhnya Engkaulah pemilik seluruh isi langit dan bumi dan apa yg ada pd manusia. Daku ini milikMu ya Malik, Engkau pinjamkan anggota tubuh utk beribadah kpMu dan berbakti kp ummah. Terima kasih atas segala pinjamanMu ini.
4. Ya Quddus
Allahumma ya Quddus yg Maha suci, sempurna dan tidak ada cacat cela. Dakulah hamba yg hina yg byk buat salah silap, daku redha ketika Engkau ya Quddus membasuh roh daku dgn sedikit kesakitan dan kesempitan.

5. Ya Salam
Allahumma Ya Salam, Engkau maha sejahtera, kurniakanlah daku kesejahteraan jiwa, fikiran dan jasad utk daku mengabdi diri kpMu dan berbakti kp ummah

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup