Asmaul husna: 25 ke 43
25. Ya Muzill
Allahumma ya Muzill, Engkaulah yg Maha menghinakan, jgn lah Engkau hina kami di akhirat nanti dgn nerakaMu ya Muntaqim. Sedikit cemuhan manusia yg dtg kp kami kerana kami menegakkan kebenaran adalah merupakan kemuliaanMu ya Karim, kami redha dgn penghinaan makhluq, asalkan jgn Engkau hina kami.
26. Ya Sami'
Allahumma Ya Sami' yg maha mendengar, dengarlah rintihan kami, kami ingin menjadi hambaMu sebenar2 hamba, pimpinlah kami ya Haadi dunia akhirat.
27. Ya Bashir
Allahumma ya Bashir, Engkau Maha Melihat, pandanglah kami hambaMu yg hina ini, belailah kami dgn kasih sayangMu ya Rahman ya Rahim ya Rauf Ya Karim.
28. Ya Hakam
Allahumma Ya Hakam yg maha menetapkan hukum hakam dan peraturan hambaMu di dunia ini, jadikan kami hamba yg taat kp peraturanMu, dan masukkan rasa takut kp hukuman nerakaMu ke dlm jiwa kami.
29. Ya Adl
Allahumma Ya Adl, Engkau maha Adil, selamatkan dan kasihan belaskan kami di hari keadilanMu nanti dimana buku amalan akan diserahkan.
30. Ya Latif
Allahumma Ya Latif, Engkaulah yg Maha Lembut, lembutkan hati kami agar sentiasa mentaatiMu.
31. Ya Khoobir
Allahumma Ya Khoobir, Engkau maha Waspada, waspadakan kami dari nafsu kami dan tipudaya syaitan dan dunia.
32. Ya Halim
Allahumma Ya Halim, Engkaulah yg Maha Santun, kurniakan kami sifat santun terhdpMu agar kami sentiasa menjauhi laranganMu dan melaksanakan perintahMu.
33. Ya Adzim
Allahumma ya Adzim, Engkaulah maha Agong, hanya Engkau yg layak diagong2kan kerana seluruh 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi adalah milikMu ya Malik ya Malikulmulk
34. Ya Ghaffur
Allahumma ya Ghaffur, Engkaulah maha pengampun, walau berulang2 kali kami berbuat dosa dan memohon keampunanMu, dgn sifat keluasan dan kemurahan keampunanMu, Engkau tetap ampunkan dosa2 kami.
35. Ya Syakur
Allahumma Ya Syakur, Engkaulah yg Maha menghargai, Engkau hargai kebaikan hamba2Mu walau sebesar zarah sekalipun
36. Ya Aliy
Allahumma Ya Aliy, Engkaulah maha tinggi, kami hambaMu rendah dan hina.
37. Ya Kabir
Allahumma Ya Kabir, Engkau maha Besar, kami hambaMu yg kerdil lg hina.
38. Ya Hafiz
Allahumma Ya Hafiz, Engkau maha memelihara, pelihara kami dari dicampak ke dlm nerakaMu yg menyala2 itu.
39. Ya Muqit
Allahumma Ya Muqit, Engkau Maha mencukupkan, masukkan dlm jiwa kami rasa cukup dgn kurniaan dunia yg Engkau ya Razzaq kurniakan. Cukupkan keperluan kami dlm kubur dan alam akhirat
Prof Dr Wan Maseri:
40. Ya Hasib
Allahumma ya Hasib, Engkaulah yg Maha Menghisab, kami mohon kpMu, kurniakan kami syurga tanpa hisab.
41. Ya Jalil
Allahumma Ya Jalil, Engkau maha Sempurna kebesaran, keagongan dan ketinggian, sucikan dan jernihkan hati kami dari mengeluhkesah terhadap takdirMu kerana semua takdirMu baik bg kami di dunia dan akhirat.
42. Ya Karim
Allahumma Ya Karim, Engkau maha Mulia, muliakan kami di dunia ini dgn kurniaan daya utk kami beramal ibadah dan amal soleh, muliakan kami ketika mati, mati dgn ungkapan LAAILAHAILLALLAH, muliakan kami di alam barzah dlm taman syurgaMu dan muliakan kami di akhirat dgn kurniaan syurga abadiMu.
43. Ya Roqib
Allahumma Ya Roqib, Engkaulah yg maha Mengawasi, awasi hati kami dari lalai mengingatMu.
Comments
Post a Comment