Padah berburuk sangka

MINAH TONGGEK

Ajernya siapa yg tak kenal Minah tonggek.. dulunya terkenal dgn tarian ronggengnya. Rambut bersanggul tak lepas. Bibir merah menyala. Bermacam tohmahan org namun tak pernah Minah membalas hanya sekadar tersenyum. Kerjanya hanya tahu meronggeng demi sesuap nasi. Minah tonggek amat di benci malah digeruni oleh si isteri2 yg risau akn gelagat si suami yg saban hari mcm kucing nk mengawan bila terpandang si Minah tonggek..

Hari ini riuh sekampung si Minah tonggek dah sampai hukum. Dah di panggil pulang oleh sang pencipta. Oh nasiblah duhai Minah. Baru kamu tahu langit tinggi rendah. Ke surau malas tak pernah kau jengah org mengaji engkau kemana. Org berjemaah engkau mengah. Org berkenduri kendara engkau mengembara. Engkau dgn duniamu sendiri. Akhir hidup mu bila dijemput ke majlis anjuran kg. Jawapan kau SIBUK. Mengaji kau tak tahu.. fekah fardu ain apatah lagi.

Husin termengah2 dgn riuh becoknya.. Minah tonggek dah sampai hukum.. mike tak menjengah ke. Dah riuh sekampung katanya mayat si Minah berbau harum tersenyum putih lawa. Bior bebeno kamu Husin. Setahu awak si Minah tuuuuu? Moh kita ke sana.

Sesampainya di rumah si Minah udah macam pesta layaknya. Baru menjengah ke tangga bau harum menusuk hidung.. Subnallah dari jauh org tak putus. Malah ramai yg tak mahu beransur. Rumah kecil si Minah udah padat ngalahkan sardin dalam tin.

Pelik memang pelik.. nampak jelas bibirnya menguntum senyum menampakkan 2 btg giginya. Anak si Minah.. si Ayu menangis teresak esak.

Esoknya riuh bercerita ketika dikebumikan pengurusan ckp lancar wajah si Minah bertambah berseri tubuhnya bertambah wangi ketika diturunkan ke lahad.

Seminggu berlalu ramai menjengah ke rumah arwah bertanya apakah amalan arwah dari si Ayu. Kata si Ayu Maknya tak pernah mengumpat walau dia sering di umpat. Bila Ayu sampaikan pada emaknya kata2 buruk yg didengar dari org kg. Si Minah akan mempertahankan sikap org kg katanya.. emak yg salah Ayu deme tak salah.  Emak tak pandai ambil hati org tu punca deme berckp.

Kata si Ayu lagi bukan emak tak mahu bercampur dgn org kg tapi maknya betul2 sibuk siang malam dia habiskan dgn solat. Solat yg dia tgglkan saat meronggeng dulu di qhadonya. Katanya hutangnya dgn Allah harus diperhatikan dan utamakan dulu dari urusan lain. Malamnya dihabiskan merangkak membaca quran. Sambil menangis merintih memohon agar allah ampunkan dia kerana tak tahu membaca quran. Ada kala dia berdoa dgn linangan air mata agar allah ampunkan org2 kg yg mengutuknya.

Dalam diam malamnya dia ke surau mengutip telekung2 untuk di basuh bila kering akan dihantar ke surau itupun akan dipastikan tiada siapa yg tahu.

Apabila ada keramaian di kg. Dalam diam dia membuat kuih dan mengupah anak2 jiran utk menghantar dan berpesan klau ada yg bertanya katakan saja si Abdullah yg beri.. padahal si Abdullah pun si Ayu tak kenal siapa.

Terdiam org kg mendengar cerita si Ayu. Ada yg melopong mulut. Nasib tak nyinggah dek langau.

Itulah alkisah si Minah tonggek. Hidupnya bnyk menyendiri. Tak suka mengumpat. Bila di umpat dia hanya tersenyum tak membalas.. Bila dibandingkan dgn diri teman ni walau teman tak pernah meronggeng tapi entah berapa bnyk lidah teman meronggeng merata mengumpat.  Kalau nak sedekahkan kuih more siap teman antor sendiri tidakpun teman akan pesankan kabokan pada tukang siak kuih tu dari teman. Teman riso nanti deme fikirkan teman tak kirim more tahun ni.

Bila solat berjemaah dari rumah ke surau teman siap pakai telekung. Sepanjang jalan org akn bertanya ke surau ke? ate ke mana lagi klau dah rupe ini tak kan ke paso.

Menung teman bila fikirkan si Minah tonggek yg pernah teman ajak ke surau dibalas dgn senyuman.. Awak sibuk tak de masa maaflah ye. Moh le mike dulu ye. sambil senyum2 kelat.? Teman tak sedor BURUK SANGKA bersarang dalam kepala otak teman yg teman sangka selama ini betul semua.

Menung teman bila fikirkan habis berjemaah. Entah sape2 yg jadi mangsa umpat si Limah Si Esah si Aca. Semua org tak kena tak betul Ate teman ni sempurna ke..

Oooo si Minah satu perkataan teman nak ckp.. teman minta MAAF.. ��

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Doa - sekali baca seumur hidup

Kelebihan surah Al Fiil