Asmaul husna: 15 ke 24
15. Ya Qohhar
Allahumma ya Qohhar, Engkau maha Menundukkan, tundukkan nafsu kami agar kami dpt sentiasa beribadah dan mendekatkan kpMu
16. Ya Wahab
Allahumma Ya Wahab, Engkaulah yg maha penolong. Tolonglah kami di akhirat utk memasuki syurgaMu, tolong kami di alam barzah, jadikan kubur kami dari taman2 syurga. Tolong kami di dunia ini utk taat kpMu, menjauhi laranganMu dan mengharungi ujian2Mu.
17. Ya Razzaq
Allahumma Ya Razzaq, Engkaulah yg maha memberi rezeki, kurniakan kami rezeki ilmu makrifahMu, syurga abadiMu dan wangringgit di dunia ini secukupnya utk kami mengabdi diri kpMu dan berbakti kp ummah.
18. Ya Fattah
Allahumma Ya Fattah, Engkau Maha Membuka, bukalah hijab hati kami dgnMu agar kami dpt merasai hadirMu dan dekatnyaMu dgn kami. Ya Fattah ya Razzaq, bukalah pintu syurga bg kami, bukalah kubur yg sempit bg kami.
19. Ya Alim
Allahumma ya Alim, Engkaulah yg Maha Berilmu, kurniakan kami ilmu makrifah agar kami dpt mengenalMu, kurniakan kami ilmu Al Quran dan Hadis NabiMu agar ia blh menjadi petunjuk bg hidupku.
20. Ya Qoobidh
Allahumma Ya Qoobidh, Engkau maha menyempitkan, Engkau menyempitkan kami agar kami ketika kami lalai kpMu dan agar kami dtg merintih merayu kpMu. Kami redha atas sedikit kesempitan di dunia ini demi kelapangan di akhirat.
21. Ya Baasith
Allahumma Ya Baasith, Engkau Maha Melapangkan, Engkau melapangkan hidup kami di dunia ini agar kami mensyukuri nikmat2Mu. Lapangkan kami di alam barzah dgn taman syurgaMu dan di akhirat dgn syurga abadiMu.
22. Ya Khoofidh
Allahumma Ya Khoofidh, Engkau Maha Menjatuhkan, Engkau menjatuhkan kami seketika dlm hidup ini agar kami datang dpt dekat kpMu kerana ketika berada diatas, seringkali kami tidak ada masa bersamaMu.
23. Ya Roofi'
Allahumma Ya Roofi', Engkaulah yg Maha Menaikkan, naikkan martabat kami disisiMu di akhirat nanti dgn hadiah syurgaMu.
24. Ya Muiz
Allahumma ya Muiz yg Maha Memuliakan, kami bersyukur kpMu atas kemuliaan yg telah Engkau kurniakan kp kami sebg khalifahMu di dunia ini. Peliharalah kemuliaan ini ya Muiz dgn kurniaan ibadat2 yg mulia disisiMu.
Comments
Post a Comment