Bicara puasa
Assalamualaikum.
#SalamRamadhan1437H/2016
Puasa jasad hanya sebulan di bulan ramadhan, namun puasa roh setiap hari sepanjang tahun.
Bicarahati puasa roh (hati):
Allahumma ya Hafiz ya Muhaimin ya Mani', ya Qohhar, puasakanlah lidahku dari kejahatan dan bencana lidah setiap saat, puasakanlah pendengaranku dari kejahatan dan bencana pendengaran, puasakan kakiku dari langkah2 dosa, puasakan tanganku dari perlakuan dosa, puasakan fikiranku dari fikiran dosa dan dunia, puasakan hatiku dari cinta dunia dan makhluq.
Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab, maaf dan ampunkan kami terimalah taubat kami. Ya Allah izinkan kami melaksanakan arahanMu untuk menunaikan puasa sebulan di bulan Ramadhan. Hanya dengan izinMu dan kekuataan daya2Mu Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin dapatku menjalani ibadah ini.
Ya Allah Ya Hamid Ya Syakur, Engkaulah yang layak dipuji dan disyukuri kerana mengizinkan kami berada di bulan mulia ini.
Hanya Engkaulah Ya Rahman Ya Rahim
#Hiddenblessings
Comments
Post a Comment