Asmaul husna: 88 ke 92

88. Ya Ghoniy
Allahumma Ya Ghoniy, Engkaulah yg Maha Kaya, seluruh kekayaan yg ada di alam buana ini dan harta yg ada pd hamba yg Engkau pinjamkan kekayaanMu adalah milikMu semuanya. Engkau memberi pinjam kp hambaMu utk mengabdi diri kpMu dan melakukan kebaikan dan kebajikan kp org keliling kami. Ya Ghoniy, kurniakan kami kekayaan syurgaMu di akhirat, kecukupan di dunia dan jauhkan kami dari dunia yg melalaikan kami dp mendekatkan diri kpMu.

89. Ya Mughniy
Allahumma Ya Mughniy, Engkaulah yg Maha Memberi kekayaan, Engkau ya Mughniy mengurniakan kekayaan syurga yg suci, tulus dan abadi kp hambaMu yg beriman dan Engkau mengurniakan kekayaan dunia yg hina kp org2 kafir yg hina.

90. Ya Mani'
Allahumma ya Mani', Engkaulah yg Maha Mencegah, cegahlah kami dari dosa dan maksiat. Ya Mani', cegahlah remaja2 kami dari menagih dadah, berzina, mencuri, bermain games komputer, menonton video sehingga lalai kp Allah. Ya Mani', cegahlah rakyat kami dari riba' dan rasuah. Cegahlah pemimpin kami dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Ya Mani', cegahlah nafsu kami dari sebrg dosa dan maksiat agar kami terpelihara dari azab nerakaMu yg sgt pedih itu ya Muntaqim.

91. Ya Dharru
Allahumma Ya Dharru, Engkalah yg Maha Memberi mudarat, tiada siapa yg blh memberi mudarat melainkanMu. Sedikit mudarat di dunia ini adalah perlindunganMu ya Hafiz ya Muhaimin kp mudarat nerakaMu yg lbh dahsyat. Ya Aziz ya Qowiy ya Matin, perkasakan, kuatkan dan teguhkan jiwaku ketika menghadapi ujian mudaratMu, sesungguhnya Engkau ya Quddus ya Jalil menyuci kotoran rohku ketika melalui sedikit mudarat dariMu.

92. Ya Naafi'
Allahumma Ya Naafi', Engkaulah yg Maha memberi manafaat, tiada makhluq dapat memberi sebarang manafaat melainkanMu. Ya Naafi', jadikan setiap saat hidupku memberi manafaat kp org sekelilingku.

Comments

Popular posts from this blog

Asmaul husna - pelbagai penyakit

Kelebihan surah Al Fiil

Doa - sekali baca seumur hidup