Asmaul husna: 93 ke 96
93. Ya Nuur
Allahumma Ya Nuur, Engkau yg Maha Memancar Cahaya, pancaran cahaya petunjukMu, ketika cahayaMu menerangi hatiku, jelas dan teranglah kebenaran dan kebatilan, jelaslah jln ke syurga dan neraka. Bimbinglah kami ya Haadi di atas jln kebenaranMu ya Haq. Setelah Engkau memancar cahaya dlm jiwaku, jgnlah Engkau padam ia, kekalkan cahaya dlm jiwaku ya Baaqi ya Nuur.
94. Ya Haadi
Allahumma Ya Haadi, Engkaulah yg vMaha memberi petunjuk dan maha membimbing. Bimbinglah kami diatas jln makrifah ini. Ya Bashir ya Haadi, pandanglah kami dan bimbinglah kami, sekiranya Engkau tidak membimbing kami, tiada siapa yg dpt membimbing kami.
95. Ya Badi'
Allahumma Ya Badi', Engkaulah yg maha cantik. Seluruh kecantikan di alam ini adalah milikMu. Engkau memberi kecantikan kp kami utk kami memujiMu dan Engkau akan menarik balik kecantikan milikMu. Ya Badi', cantikkan budipekerti kami terhadapMu agar kami sentiasa mengabdi diri kpMu, cantikkan budipekerti kami sebgmana cantiknya budipekerti Rasulullah saw yg sentiasa dipenuhi dgn kasihsayangMu ya Rahman ya Rahim.
96. Ya Baaqi
Allahumma Ya Baaqi, Engkaulah yg Maha Kekal, kami semua ni fana', jasad akan akan hancur menjd makanan cacing dan ulat. Roh kami akan mengadapMu dlm keadaan lemah, dhaif, fakir, jahil dan hina. Ya Baaqi' Ya Mukmin, kekalkan kami dlm iman. ya Baaqi ya Nuur, kekalkan kami dlm cahayaMu. Ya Baaqi ya Haq, kekalkan kami dlm kebenaran hingga akhir hayat kami.
Comments
Post a Comment